Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

King Coco Nak Cari Teman Lelaki Gentleman! - "Tak Nak Handsome Sangat, Tak Nak Kaya"

Amri Hassan
06/10/2021 02:50 MYT
Pempengaruh King Coco memberitahu kriteria teman lelakinya mestilah seorang jejaka yang budiman atau dalam erti kata lain gentleman.

Tambah empunya nama Marshaira Ismail, 24, menjawab kepada soalan yang diajukan peminatnya di Instagram, ciri-ciri lelaki idamannya juga tidak semestinya kacak dan kaya.

"Coco nak bf (teman lelaki) macam mana? Yang bukan Datuk, bukan Tan Sri. Tak nak yang kaya, biasa-biasa je.

"Handsome okeylah. Tak nak handsome sangat. Sedap-sedap mata ai (saya) lihat okey dah.

"Yang penting, harus wajib. Gentleman!" kongsinya.



King Coco sebelum ini mengesahkan telah bercerai dengan bekas suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor dan kini sudah tamat tempoh edah.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata, Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem.

Selepas kecoh mengenai kisah cerainya, King Coco menjadi perhatian ramai apabila mengadakan pertemuan bersama aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap Caprice.

Malah, netizen juga sepakat menjodohkan mereka yang masing-masing punyai pelat Inggeris.
#Kahwin #Viral #cerai #Instagram #King Coco #Seksi #Teman Lelaki #Caprice #Influencer #Anas Shukor