Kini Bergelar Bintang Filem, Taylor Swift Mahu Menang Oscar

Asraf Aided
Mei 27, 2019 09:03 MYT
Penyanyi Hollywood yang kini bergelar pelakon, Taylor Swift berharap agar lakonannya dalam filem Cats mampu melayakkan dirinya memenangi Anugerah Oscar tahun hadapan.
Memetik laporan HollywoodLife.com, Taylor memegang watak sebagai anak kucing yang bernama Bombalurina dalam filem terbabit.
"Taylor telah memenangi banyak anugerah sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi.
"Dia merupakan seorang yang sangat berkerja keras dan tidak pernah jemu untuk berkarya.
"Dia juga berharap agar dapat memenangi Anugerah Oscar untuk lakonan terbarunya dalam filem Cats," kata sumber.
Walaubagaimanapun, Taylor akan terus menumpukan lebih perhatian dalam bidang muzik meskipun sudah mula menjinakkan diri dalam dunia lakonan.
Filem Cats akan turut menampilkan Sir Ian McKellen, Idris Elba, James Corden dan Jeniffer Hudson sebagai teraju utama, ia dijangka menemui penonton pada Disember tahun ini.
Sumber : HollywoodLife.com
#Taylor Swift #Oscar