“Kira Mengubah Kejadian Asal Ke?”- ‘Tanam Benang’ Sampai Berlumuran Darah, Amelina Tepis Dakwaan Kononnya Dia…
Perkongsian ratu dangdut Amelina mengenai proses rawatan tanam benang atau ‘threadlift’ pada rahang dan hidungnya membuatkan ramai peminatnya ‘kecut perut’.
Menerusi perkongsian video di Instagram Amelina, penyanyi tersebut secara terbuka menunjukkan proses rawatan yang dikatakan agak ‘menyeramkan’ apabila wajahnya terpaksa dimasukkan benang.
Difahamkan, sebanyak enam benang dimasukkan ke dalam rahang Amelina dan perkara itu sekali gus membuatkan ramai yang seriau melihat proses berkenaan.
Enggan tindakannya disalah erti, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 47, kemudian menegaskan bahawa keputusan untuk membuat rawatan itu hanyalah untuk membaiki keadaan wajah dan bukan untuk mengubah rupa bentuk.
“Kaklong tak nak hidung Angelina Jolie sebab kaklong rasa hidung kaklong paling cantik.
“Kaklong taknak pergi kopak kulit muka kaklong sebab kaklong nak jadi muka budak 16 tahun dah sah-sah kaklong 40-an. Itu merubah namanya bukan membaiki,” katanya.
Jelasnya, dia cuma mahukan dirinya seperti dahulu yang lebih ‘presentable’.
“Setelah Kaklong dihina selekeh, tak pandai jaga level, gemoklah, do i cares?
“Kalau ‘sagging’ kita tegangkan, kalau gemok kita kuruskan yang penting jangan kau lapah sana, kopak sini, sumbat segala besi ,plastik segala macam, kikis sana sini, jangan!
“Buat apa yang perlu jangan terlalu obses. Buat sesuatu yang bersifat sementara jangan yang kekal,” katanya.
Sementara itu menerusi posting berasingan, Amelina turut berkongsi perubahan wajahnya selepas melakukan rawatan tersebut.
“Kaklong dah cakap dah kaklong memang cantik daripada 30 tahun lepas, korang tak percaya.
“Ada ke nampak yang diubah? natural kan? Tetap muka Amelina tetapi nampak lagi fresh dan tegang dan yang kaklong suka sekali structure kulit kaklong pun elok dah.
“Paling penting hidung kaklong tu lagi terletak macam masa kaklong anak dara,” katanya.
Biarpun ramai yang memuji perubahan Amelina itu, namun tidak kurang juga komen-komen ‘nakal’ yang mendakwa tindakan penyanyi itu seperti mengubah kejadian asal.
Tetap dengan pendiriannya, Amelina kemudian menegaskan dia hanya menegangkan kulit dan tiada sebarang perubahan dibuat.
“Insya-Allah tak, nanti tengok yer before & after. Cuma kulit tegang jer lah pun.
“Kalau adik ada nampak yang kaklong ubah bagi tahu ok. Tunjuk satu-satu sama ada kaklong buang ke atau kaklong tambah.
“Risau juga kan nanti timbul fitnah pula,” katanya.
Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.
Sekadar info, rawatan tanam benang (Threadlift) adalah rawatan yang bertujuan untuk mengurangkan kenduran dan lipatan kulit di sekitar kawasan rahang, pipi dan leher.
Rawatan ini dianggap sebagai rawatan alternatif yang lebih selamat dan kurang ‘invasive’ berbanding pembedahan ‘facelift’ tradisional.
Difahamkan, benang khas akan digunakan untuk menegangkan bahagian kulit yang ingin dicantikkan supaya keadaan wajah akan kelihatan ketat dan anjal.