Komposer dan penyanyi nasyid, Yassin Sulaiman yang disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara, tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya untuk didakwa, hari ini.
Menerusi satu video yang dimuat naik akaun sosial media Bernama, kelihatan Yasin yang memakai t-shirt berkolar hitam tiba di mahkamah pagi tadi diiringi anggota polis.
Sebelum memasuki prosiding, dilihat Yasin sempat berpesan kepada media agar menyampaikan salamnya kepada YB Syed Sadiq.
“Kirim salam kepada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen,” katanya sekali lalu.
Difahamkan dalam prosiding pertuduhan hari ini, Yasin yang berusia 47 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana setiap satu daripadanya didakwa masing-masing di Mahkamah Majistret dan Sesyen..
Viral
“Kirim Salam Pada YB Syed Sadiq, Minta…”- Yasin Sulaiman Didakwa Di Mahkamah Atas Tuduhan Miliki Dadah