,
Hiburan

Kisah Cinta Phoebe & Ejoi Menang Anugerah Drama Bersiri Terbaik (Anugerah Media Baharu) Di ASA2024

Umirah Halim
26/10/2024
16:03 MYT
Syarikat hiburan dan kandungan terkemuka Malaysia, Astro berjaya merangkul Anugerah Drama Bersiri Terbaik (Anugerah Media Baharu) pada Anugerah Seri Angkasa 2024.

Pemenang Anugerah Drama Bersiri Terbaik (Anugerah Media Baharu)

Kemenangan tersebut diraih menerusi Drama Kisah Cinta Phoebe & Ejoi yang dibintangi oleh Amir Ahnaf, Kimberly Chuah, Mierul Aiman, Adam Lee, Mimi Lana dan ramai lagi.

Drama Kisah Cinta Phoebe & Ejoi telah mengalahkan tiga drama bersiri lain iaitu Bell Ngasri ke ABPBH, Odah The Series (TV3 39th Anniversary) dan Julia’s Secret Recipe.

Anda boleh menyaksikan drama dan program ini menerusi medium penstriman Astro Go dan Sooka.
Sebagai pemain utama dalam industri ini, Astro terus berada di barisan hadapan dalam menyampaikan pengalaman kandungan premium kepada pelanggannya.
Anugerah ini juga adalah bukti komitmen Astro yang teguh untuk menaikkan standard penyiaran tempatan dan mencipta kandungan luar biasa yang menarik minat penonton dan menginspirasi industri.

Sinospsis Kisah Cinta Phoebe & Ejoi

Menceritakan kehidupan Phoebe pindah ke sekolah Ejoi dan Akim pada hari pertama Lower 6 pada tahun 1998, setahun sebelum Mira pindah sekolah. Cerita ini akan fokus kepada hubungan Phoebe dan Ejoi.
Sekadar info, malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 akan berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Oktober ini dan Astro akan bersaing untuk memenangi trofi Drama Bersiri TV Terbaik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

One Cent Thief Rangkul Anugerah Drama Bersiri TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2024!

gempak
26/10/2024
14:33 MYT
Syarikat hiburan dan kandungan terkemuka Malaysia, Astro berjaya merangkul Anugerah Drama Bersiri (TV) Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2024.
Berita

Sufie Rashid Lega Menang Saman -"Memang Tak Berbaloi, Tetapi Sekurangnya Beringat!"

gempak
23/10/2024
16:25 MYT
"Sebelum kau buat orang, jangan lupa Tuhan sentiasa melihat kelakuan hambanya," itu perkongsian penganjur konsert, Sufie Rashid apabila dia dakwa dianiaya rakan kongsinya.
Viral

"Siapa Nak Bagi Kan?" - Pelajar SPM Pusat Tuisyen PTTI Terkejut Menang Hadiah Kereta Harga RM40,000

gempak
10/10/2024
08:30 MYT
Pelajar tingkatan lima Nur Iman Athirah Roseman menjadi peserta paling bertuah apabila berjaya memenangi kereta Axia bernilai RM40,000 sempena Peraduan PTTI Better Results.
Hiburan

Lagu Diam Hael Husaini Menang Anugerah Best Theme Song Or Title Theme (Malaysia) Di Asian Academy Creative Awards 2024

gempak
01/10/2024
04:04 MYT
Lagu berjudul Diam yang menjadi runut bunyi utama (OST) bagi drama popular My Famous Ex-Boyfriend, telah berjaya meraih anugerah ‘Best Theme Song or Title Theme (Malaysia)’ di Asian Academy Creative Awards 2024.
Hiburan

Filem Masyarakat Kelabit 'Tegkang' Menang Lift-Off Sessions, Bakal Bersaing Di London!

gempak
22/09/2024
10:53 MYT
Tegkang, sebuah filem Malaysia yang mengisahkan kehidupan di dataran tinggi Bario, Sarawak, telah dipilih sebagai pemenang sesi untuk Anugerah Pembikin Filem Baru Terbaik di First-Time Filmmaker Showcase, sebahagian daripada acara berprestij Lift-Off Sessions.
Dun Dukun