ADVERTORIAL
Kisah Disebalik Bola: Abang Grab - Legasi Seorang Bapa, Menyala Dalam Langkah Anaknya
Grab membawakan sebuah dokumentari pendek bersiri iaitu Kisah Disebalik Bola: Abang Grab yang menghubungkan dua komuniti, bola sepak dan Rakan Grab melalui kisah-kisah mereka yang menginspirasikan.
Kisah Disebalik Bola: Abang Grab EP3: Legasi Impian yang mengisahkan hidup Mohd Muzhaffar Abdul Wahab atau lebih mesra dikenali sebagai Muz adalah kisah tentang impian, pengorbanan, dan legasi yang diteruskan melalui darah daging sendiri.

Sejak remaja, hidup Muz berputar di sekitar satu perkara iaitu bola sepak. Dia pernah menjadi pemain terbaik futsal bawah 18, menjadi penjaring terbanyak Liga DBKL, dan mewakili Putrajaya SPA ke kelayakan Liga Futsal Malaysia.
Namun, semuanya terhenti mendadak apabila kecederaan lutut memaksanya mengundur diri dari dunia yang paling dicintainya.
Cabaran hidup tidak terhenti di situ. Muz semakin sibuk mengejar rezeki, sehingga pada satu detik penuh emosi ketika isterinya mahu bersalin dia tidak sempat menghantarnya ke hospital. Anak mereka lahir pramatang, di rumah. Insiden itu menyedarkan Muz bahawa sudah tiba masanya untuk menilai semula arah hidup.

Muz kemudian memilih untuk menjadi Rakan Penghantar Grab. Kerja dengan masa yang fleksibel membuka ruang untuknya menumpukan perhatian kepada keluarga, serta menghidupkan kembali cintanya pada bola sepak.
Dia menubuhkan pasukan bola bersama rakan-rakan penghantar Grab, dan mereka mara hingga ke separuh akhir kejohanan bola sepak komuniti, Piala Rakan Grab 2024 anjuran Grab Malaysia. Walaupun tidak menjuarai kejohanan, Muz bangga kerana semangat lamanya kembali menyala.

Kini, setiap masa yang terluang dihabiskan bersama anak lelakinya. Muz mengajarnya bermain bola, memberi tunjuk ajar, dan menyemai semangat juang yang pernah mengalir dalam dirinya. Impian Muz mungkin tidak kesampaian, tetapi legasinya terus hidup dalam langkah kecil anaknya, yang sedang membesar dengan harapan untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional.

Kisah Disebalik Bola: Abang Grab ini juga menyatukan keluarga, detik istimewa antara bapa dan anak untuk Rakan Penghantar Grab, Abdul Rahman Bin Othman.
Ternyata, legasi terus hidup dalam impian anak, dan kasih sayang yang tidak pernah terhenti demi Satu Impian, Dua Generasi! #GrabBersamaMalaysia.
Tonton episod penuh Kisah Disebalik Bola: Abang Grab EP3 - Legasi Impian di sini.