gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Tekak Terganggu, Cari Makanan Halal Payah" - Amsyar Lee
HIBURAN
14 Tahun Berkawan, Anas Zahrin Jawab Tuduhan Bercinta Dengan Cik Epal Hanya Untuk Gimik - “Yes, I Do Love Her…”
HIBURAN
Ben Amir Dedah Sedang Jalin Hubungan Dengan Wanita Filipina - “Dia Bukanlah Punca Saya…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Kisah ‘Housemate Pocong’ Berakhir Dengan Tragis, Cikgu Nina Dikhabarkan Meninggal Dunia - “Arwah Tak Tidur, Tak Makan Berhari-Hari”

gempak
Asyikin Mayudin
27/05/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
Kisah ‘Housemate Pocong’ Berakhir Dengan Tragis, Cikgu Nina Dikhabarkan Meninggal Dunia - “Arwah Tak Tidur, Tak Makan Berhari-Hari”
Kisah seorang guru dikenali sebagai Cikgu Nina yang berkongsi pengalaman seram duduk serumah dengan ‘pocong’ dilaporkan sudah meninggal dunia.

Meninggal dunia

Berita itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Nisa Khainis selepas mendapat pengesahan oleh seorang lagi rakan serumah arwah.
Sebelum ini, Nisa pernah berkongsi mengenai kisah ‘Housemate Pocong’ di TikTok miliknya selepas dia mendapagt keizinan arwah terkejut dengan berita duka itu.

“Tak sangka pengakhiran kisah ‘Housemate Pocong’ macam ini. Al-Fatihah buat Cikgu Nina,” tulisnya dalam perkongsian di TikTok pada Isnin malam.

Nisa turut memuat naik perkongsian perbualannya menerusi Direct Message (DM) dengan individu dipercayai rakan serumah kepada arwah Cikgu Nina atau nama sebenarnya Nur Ainina (Nina).

Nampak pocong

Menerusi perbualan berkenaan, individu tersebut memaklumkan kepada Nisa bahawa dia dan arwah yang merupakan seorang guru, sempat bertemu minggu lalu.
Ujarnya, kejadian mistik itu berlaku pada pertengahan April lalu dan dia sendiri mengalami gangguan ketika menyewa di rumah sewa yang terletak di Shah Alam itu hingga mengambil keputusan untuk berpindah segera.
"Saya ex-housemate dia dan kami ada jumpa dalam beberapa hari lepas selepas viral kes tu. Malam semalam (Sabtu malam) saya dapat panggilan dari ibunya yang mengatakan Nina dah tak ada.

"Masa mula-mula masuk situ, saya nampak arwah cakap sorang-sorang, berjalan ke bawah sorang-sorang.

"Saya pindah sebab saya nampak pocong dekat hujung bucu bilik saya tidur. Dengan muka hitam bau busuk. Dua kali nampak pocong ni.
"Saya sempat berubat, Alhamdulillah makin pulih daripada gangguan… lebih daripada trauma sebenarnya," ceritanya.

Penderitaan yang dialami

Dalam pada itu, individu tersebut mendedahkan arwah pernah berkongsi mengenai penderitaan yang dialami dengannya.
"Tak tahu mana silapnya, arwah pernah cakap dengan saya… pergi berubat tapi makin parah. Dia sakit awak. Tak tidur, tak makan berhari-hari… minum je. Benda tu muncul sangat-sangat kerap.

"Daripada cerita arwah Kak Nina dan ibunya, gangguan tu berpunca daripada orang lama-lama di situ yang bangkitkan benda syirik tu untuk tujuan tak baik.

"Tapi tuan dia mati. Jadi bukan dekat rumah tu saja. Ikut mana 'dia' nak pergi cari tuan. Mungkin arwah ni lemah semangat dan dalam keadaan datang bulan. Terkena dekat arwah siap terbagi makan minum apa semua,” katanya.
Individu berkenaan memberitahu bahawa jenazah arwah Nina selamat disemadikan pada pagi Ahad.
Ujarnya lagi, rakan serumah asal yang dikhabarkan pulang ke kampung sebelum arwah Nina masuk menyewa, masih tidak dapat dikesan keberadaannya.
Minggu lalu, kisah 'Housemate Pocong' yang dikongsikan arwah Cikgu Nina berdasarkan pengalaman mistik yang dialaminya ketika menyewa di Shah Alam, menjadi tular di pelbagai platform media sosial.
Dalam perkongsian tersebut, arwah turut memaklumkan dia berada dalam fasa pemulihan dan meminta warga maya mendoakan kesembuhannya.
@thekhainis Tak sangka pengakhiran kisah housemate pocong macam ni. Al fatihah buat Cikgu Nina 🥀 #ceritaseram #ceritahoror #sembangentertainment #housematepocong #fyp ♬ WILDFLOWER - Billie Eilish
Topic Berkaitan
#Pocong
#Cikgu Nina
#Housemate Pocong
Must-Watch Video