Berita
Kisah ‘Kuah Basi’ Kembali, Dr Say Kecewa Harapan Nak Dapat Anak Kedua Masih Gagal
Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril akui harapannya untuk menimang cahaya mata kedua masih belum menemui sinar.
Selepas tiga bulan hendak mendapatkan anak, Dr. Say berkata isterinya Dr. Azura masih belum hamil.
“Seperti ada yang sedia maklum, saya dan bini bercadang menimang anak kedua bermula bulan Mac tahun ni selepas pakar sakit puan kami memberikan ‘green light’ memandangkan bini saya bersalin secara pembedahan Mei tahun lepas (caesar perlukan gap untuk luka sembuh).
“Katanya kalau bulan Mac bini mengandung by December/ January bersalin just nice la gap umur Ace & adiknya. Maka saya patuhi saranan pakar dan ‘ngap’ bini pada waktu yang sepatutnya pada bulan Mac.
“Akan tetapi bulan April bini period (maksudnya tak menjadi). Saya ‘ngap’ lagi pada bulan April. Mei baru ni bini period juga (maksudnya masih tak menjadi),” tulisnya.
Dr.Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto isteri dan anak pertamanya, Ace, 1, yang sedang tidur.
Menurut Dr. Say dia seperti sudah menjangka mengapa itu berlaku.
Dr. Say berkata memberitahu ia kerana amalan minuman yang tidak sihat selepas anak pertamanya dilahirkan
“Saya terduduk. Terimbau kembali kisah “kuah basi” saya seperti dahulu kala. Yelah lepas dapat Ace saya berbalik kepada habit lama, black coffee 3 cawan sehari + pepsi black ginger atau vanila 2 cawan sehari.
“Mungkinkah salah aku sekali lagi?” Saya bermonolog. Nak buat ujian semen analysis acano bulan puasa, nanti kena bebaskan hamba, mane nak cari hamba huhu,” katanya.
Kata Dr. Say jika isterinya masih belum hamil bulan hadapan, dia bakal melakukan Semen Analisis.
“Nampak gayanya rezeki masih belum di tangan kami. Kena tengok bulan depan macam mana. Kalau bini masih period, then saya bertekad nak buat semen analysis sekali lagi.
“ Kali ni sy ingat nak buat video “Journey For Second Baby” up kat youtube sebab saya tau ramai suami kat luar sana segan atau tak tahu proses nak check kesuburan lelaki ni. Satu lagi saya rasa, tu Ace tu saja tak nak kasih sayang kami kepada dia terbahagi kat orang lain sebab tu haa dia bagi middle finger satu kat saya ahaha,” katanya lagi
Must-Watch Video