,
Viral

Kisah Pakcik Jual Pau Terjejas Disebabkan Covid-19 Sentuh Hati Warganet, "Dalam 'Tool Box' Cukup RM13 Nak Bagi Baki ..."

Zulaikha Yusof
12/06/2020
09:59 MYT
Baru-baru ini viral kisah seorang lelaki yang sudah berumur keluar mencari rezeki dengan menjual kuih pau menggunakan motosikal miliknya.
Salah seorang pelanggannya yang menggunakan nama @qussiynur di laman Twitter berkongsi cerita yang menyayat dan menyentuh hati warganet.
Menurut Qussiynur, lelaki itu sering meniaga di kawasan Kampung Pandan, Kuala Lumpur namun disebabkan penularan wabak Covid-19 peniagaannya terjejas.
"Korang, tadi aku ada beli pau kat pakcik ni lepas hantar akak aku kerja. Aku beli 3 biji ja, semua harga dia RM7. Lepas tu bagi RM20 untuk bayar, lepastu tau tak apa jadi.
"Pakcik ni buka tool box ni, dalam tu dia letak duit tukar nak bagi kat pelanggan. Aku nampak lah sebab kat depan je kan, korang tau duit dalam tu cukup-cukup RM13 nak bagi baki kat aku.
"Lepas bagi baki, pakcik tu ucap 'Alhamdulillah', perlahan ja suara dia huhu. Pakcik ni biasa meniaga kat sini, cuma sejak PKP haritu dah jarang nampak. Ni baru nampak dia meniaga balik.
"Bisnes pakcik ni mesti terkesan teruk sejak Covid ni, memang la dia boleh bergerak naik motor tapi awal-awal tu kan ramai yang duduk rumah. Tak keluar jadi susah la untuk pakcik ni cari pelanggan.
"Korang yang lalu area Kampung Pandan depan pejabat Andalusia pergi lah beli pau kat pakcik ni," tulisnya.
[Thread] pic.twitter.com/s3LNVYNOxX— ques (@qussiynur) June 7, 2020 Dalam pada itu, Qussiynur turut berpesan agar sama-sama membantu perniaga yang berniaga di tepi jalan demi mencari sesuap nasi.
"Point dia kat sini ialah, hampir semua terkesan sebab Covid-19 ni. Sampai ada yang hilang punca pendapatan, lagi-lagi yang meniaga tepi jalan macam pakcik ni.
"Jadi, kalau korang ternampak gerai-gerai jual makanan kat tepi jalan, pergi la beli, sokong produk tempatan kita.
"Elakkan selalu sangat beli makanan dari francais yang semestinya ada pelanggan nak beli," tulisnya lagi.
Sementara itu, Gempak sedang berusaha untuk mendapatkan komen lanjut daripada ahli keluarga pakcik tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FinancialFaiz: Ramai Yang Dah Tak Guna Wang Tunai, Ini Tiga Sebab Kenapa ‘Cashless Payment’ Jadi Pilihan

gempak
09/11/2024
12:55 MYT
Menurut Pendidik Kewangan, Financial Faiz terdapat tiga sebab kenapa kita perlu gunakan pembayaran tanpa tunai ini.
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Terkini

Gara-Gara Kes Jenayah Suami, Pelakon Menangis Terpaksa Pinjam Duit

gempak
27/10/2024
14:55 MYT
Pelakon Sandra Dewi memaklum berdepan kesukaran sepanjang kes berkaitan jenayah rasuah suaminya, Harvey Moeis yang merugikan Indonesia berada di bawah siasatan dan berlangsung di mahkamah.
Viral

Pempengaruh Bebas Penjara, Rindu Dengar Bunyi Duit Keluar Dari Mesin ATM

gempak
25/10/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan juga usahawan Medina Zein dibebaskan dari penjara lebih awal selepas ditahan kerana kes penipuan beg tangan mewah dan membuat ancaman kepada seorang individu.
Hiburan

Jojo Terkejut ‘Rakan-Rakan’ Lama Balas DM Sebab Duit - “Hari-Hari Post Story Tak Ada Pun…”

gempak
24/10/2024
21:55 MYT
Menurut Jojo, atau nama sebenarya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, dia sebelum ini tidak pernah menerima mesej daripada mereka meskipun setiap hari membuat hantaran di laman Instagram.
Unitar