Kisah Percintaan Jadi Inspirasi Untuk Tuju & Loca Hasil Empati
Zulaikha Yusof
29/08/2020 00:43 MYT
29/08/2020 00:43 MYT
Setelah melancarkan single pertama mereka tahun lepas yang berjudul NALURI, kini TUJULOCA kembali dengan single kedua mereka yang berjudul ‘EMPATI’.
Menurut Loca, Empati mengisahkan liku-liku yang dihadapi oleh mereka berdua sepanjang bersama.
"TUJULOCA menulis lirik lagu ini berdasarkan perjalanan hidup kami yang banyak cabaran dan dugaan bersama.
"Kami seperti meluahkan segala-galanya di dalam lagu ini dan ia membantu kami untuk mengeratkan lagi hubungan kami di dalam kehidupan dan kami sama-sama belajar daripada kesilapan selama ini", katanya.
Dalam pada itu, kata Tuju lagu itu bukan untuk dia dan Loca sahaja namun orang ramai boleh mengambil sebagai iktibar serta berubah menjadi lebih baik.
"Kami menggunakan kelebihan ini sebagai pencipta lagu untuk bersuara bukan saja untuk kami.
"Tetapi untuk mereka di luar sana yang pasti pernah melalui dan mempunyai perasaan ingin memperbaiki diri sendiri”, jelas Tuju.
‘EMPATI’ seperti yang kita tahu maksudnya adalah daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain.
‘EMPATI’ merupakan gubahan TUJULOCA sendiri dan diterbitkan oleh penerbit muzik hiphop masa kini, Ming dari MassMusic Studios.
Single ini mempunyai muzik dan bunyi yang berbeza daripada single pertama mereka, NALURI. Ia lembut tetapi juga rancak dengan vibe Afrobeat.
Single ‘EMPATI’ terbitan Black Hat Cat Records dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 28 Ogos 2020.
Manakala bagi video muzik rasmi ‘EMPATI’ boleh ditonton di saluran Youtube Black Hat Cat Records bermula 26 Ogos.