HIBURAN

Kisah Perjalanan Kehidupan Aliff Syukri Bersama Shahida Buat Netizen Sebak - “Tak Sangka Pula Dia Jadi…”

Asyraf Roslan 21/04/2025 | 21:55 MYT

Video yang dikongsikan oleh usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berjaya menarik perhatian netizen.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Aliff Syukri telah berkongsi detik awal perkenalan dan perjalanan hidup bersama isteri tercinta, Datin Seri Shahida yang berjaya menyentuh hati netizen.
"Ini cerita kami, 20 tahun yang lepas. Kami berkenalan di pejabat ketika itu saya bekerja sebagai kerani di Sendayu Tinggi dan kami bernikah pada ketika itu umur saya 20 tahun. Pada masa itu gaji saya RM1800,” katanya.
Dalam video berkenaan, Aliff turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan terhadap isteri serta ibunya, Rozita Ibrahim yang sentiasa berada di sisi dalam susah dan senang.

"Iklan sungguh bermakna tak sangka pula diai jadi isteri saya. Pengalaman saya berniaga dari bawah mengajar saya sampai ke hari ini. zaman sekarang zaman TikTok isteri saya banyak membantu susah senang sehingga ke tahap ini.

“Semua ini berkat doa ibu dan isteri saya, tak sangka pula dapat anugerah dari TikTok.Indah sungguh percaturan hidup ini semoga keluarga kami kekal bahagia sampai ke Jannah,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya tersentuh dengan perjalanan hidup yang dikongsikan oleh Aliff Syukri.
Malah, ramai yang memuji cara beliau mempertahankan dan memuliakan isterinya di saat menerima kecaman dari orang luar.
“Touching video perjalanan hidup . Semoga Allah permudahkan segala urusan keluarga besar Ds. Take care.

“Huge respect, dato angkat darjat isteri saat ada org menghina die .. semoga berkekalan hingga ke jannah 🤲🏻..

“​​Jarang-jarang ye DAS sentimental macam ni. Sebak pulak rasa. semoga Allah pelihara hubungan kekeluargaan ini.
“Tahniah DS kerana berjaya melindungi isteri dan keluarga dari orang luar dengan cara yang sangat berhemah. Besar dugaan kali ini buat keluarga DS. Semoga Allah merahmati keluarga ini dan bonda rozita.
“Respect dato.. salah 1 ciri husband greenflag.. megangkat darjat isteri disaat org menghina isteri dia tp ttp lg mejaga hati ibu,” tulis netizen.

Terdahulu, keluarga Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian netizen apabila pelakon, Datin Rebecca Nur Al-Islammenafikan dakwaan Shahida bahawa dia lebih sudu dari kuah apabila kerap memuat naik gambar kakak ipar barunya, Bonda Rozita Ibrahim.

Tak berdiam diri, anak Bonda Rozita iaitu Maryam Nur Imani juga bersuara mempertahankan Datin Shahida.

#Datuk Aliff Syukri #Bonda Rozita #Datin Seri Shahida