"Kisah Wayang S**l..." - Nam Ron Dedah Situasi Sebenar Industri Filem Yang Ramai Tak Tahu
Mya Amri
05/07/2022 07:30 MYT
05/07/2022 07:30 MYT
Pelakon hebat, Nam Ron memdedahkan sedikit sebanyak mengenai senario sebenar industri perfileman Malaysia.
Nam Ron menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya menerangkan bagaimana keuntungan kutipan yang diambil oleh sesebuah panggung wayang.
“Sebuah filem ditayangkan di panggung wayang. Minggu pertama, panggung wayang mengambil 50% dari kutipan.
“Minggu ke dua, panggung wayang mengambil 60% dari kutipan
“Minggu ke tiga dan seterusnya, panggung wayang mengambil 70% dari kutipan
“Kerajaan mengambil 25% dari keseluruhan kutipan. Orang ramai terhibur menonton wayang. Panggung wayang senang senang buat untung.
“Kerajaan tak kisah yang penting cukai 25% tak boleh kurang. Penerbit buat kira kira baki kosong kosong.
“Itulah kisah s***l diluahkan penerbit filem yang ramai orang tak tahu. Anak wayang terus ditekan kiri kanan depan belakang,” luahnya.
Selain Nam Ron, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan juga dibintangi oleh Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin dan ramai lagi.
Terdahulu penyanyi dan pengarah, Mawi juga pernah menjelaskan sebab mengapa kutipan filem Mat Kilau yang sudah melebihi RM12 juta (pada ketika itu) masih belum balik modal kos RM8 juta yang dikeluarkan pihak produksi.