Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Kiss Tak Salah Dengan Suami, Yang Salah ..." - Foto Bercium Anis Al-Idrus Dikecam Netizen

Zulaikha Yusof 21/02/2019 | 04:45 MYT
Sekeping foto yang menunjukkan kemesraan pelakon Anis Al-Idrus dan suami, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim sedang bercium telah dikecam oleh netizen.
Perkongsian itu telah dimuat naik menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Rata-rata pengikut IGnya mengecam tindakan Anis berkongsi foto itu kepada umum yang dikatakan kurang manis.
Pun begitu, Anis tidak mendiamkan diri malah turut membalas komen tersebut.
Walau bagaimanapun, terdapat pengikutnya yang menyokong tindakan Anis kerana berpendapat mereka sudah berkahwin dan mempunyai hubungan yang halal.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2017.

YOU ❤️

A post shared by INFLUENCER|ENTREPRENEUR (@anisalidrus) on

#Anis Al-Idrus
;