ASTRO GEMPAK ARTICLE
“Kita Ada Scene Berkejaran…” – Amira Othman Masuk Set Penggambaraan? Netizen Teruja Siap Teka Dengan Fattah Amin
Penyanyi dan pelakon Amira Othman mencuri perhatian netizen apabila diumumkan bakal memasuki set penggambaran sebuah naskhah terbaharu.
Perkongsian tersebut dibuat oleh pelakon Datin Paduka Umie Aida menerusi satu hantaran video di TikTok yang memaparkan dirinya sedang berbual dengan Amira.
undefined
“Alright, esok Kak Long akan masuk set. Amira, apa watak awak?” soal Umie Aida.
Menjawab pertanyaan itu, Amira mendedahkan dia akan membawakan watak sebagai anak kepada seorang pereka fesyen terkenal lakonan Umie sendiri.
“Saya jadi anak kepada Umie, fashion designer tersohor. Kita ada scene yang memerlukan kita lari berkejaran bersama… ha, kena tunggu,” ujarnya.
Sementara itu, ruangan komen dibanjiri peminat yang tidak sabar menantikan kemunculan Amira di kaca televisyen, khususnya jika benar bergandingan dengan Fattah.
“Yeayyy tak sabar nak tengok behind the scene heheeehehe.
“Huiii… ramai yang tunggu drama ni keluar. Tak sabar!! Lurve #fattmira.
“Kita pun tak sabar nak tengok scene berlari berkejaran itu.” komen beberapa netizen.
Walaupun belum mendedahkan sepenuhnya barisan pelakon utama, netizen pantas membuat andaian bahawa Amira bakal digandingkan dengan pelakon Fattah Amin memandangkan kedua-dua mereka kini berada di New Zealand atas urusan kerja bersama.
Antara selebriti lain yang turut berada di sana termasuklah Bell Ngasri, Nora Danish dan Remy Ishak.
Penyanyi dan pelakon Amira Othman mencuri perhatian netizen apabila diumumkan bakal memasuki set penggambaran sebuah drama terbaharu.