,
Laman Utama

"Kita Akan Minta Mahkamah Jatuhkan Hukuman Penjara"- Peguam Puteri Sarah Minta Syamsul Beri Kerjasama

Syafiqah Jalal
16/01/2023
07:02 MYT
Peguam kepada pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berharap pengarah Syamsul Yusof dapat memberikan kerjasama baik untuk menghadirkan diri pada tarikh sebutan kes permohonan cerai yang bakal berlangsung pada 7 Mac depan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Akberdin berkata, jika Syamsul atau sutradara filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan tidak bersetuju proses selanjutnya akan diteruskan.
“Pihak kami sudah failkan permohonan cerai. Mahkamah menetapkan tarikh sebutan pertama pada 7 Mac depan.
“Kami juga akan serahkan saman kepada Syamsul dan dia perlu hadir pada tarikh terbabit. Itu adalah tindakan pertama kami.
“Kami berharap Syamsul akan mematuhi prosedur. Kalau dia datang pada hari terbabit (7 Mac) mungkin cerai akan dilafazkan.
“Namun jika dia tidak bersetuju, kita akan teruskan dengan proses selanjutnya. Saya harap Syamsul akan hadir pada 7 Mac ini untuk memudahkan proses,” katanya.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Menurut Akberdin, pihaknya juga akan mengambil tindakan lanjut di Mahkamah Sivil Wilayah Persekutuan susulan tindakan isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar dan beberapa ahli keluarga Ira yang didakwa melanggar perintah injuksi seperti yang telah difailkan tahun lalu.
“Tindakan berikutnya pula, kami akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, bapa dan kakaknya kerana secara terang-terangan melanggar perintah injuksi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sivil sebelum ini.
“Perintah itu kekal sehingga hari ini tapi mereka tak patuh. Kita akan minta mahkamah untuk jatuhkan hukuman penjara dan denda. Kita akan tunjukkan jenis-jenis perlanggaran yang telah dilakukan.
“Perlanggaran perintah kali ini memang agak dahsyat. Mereka sepatutnya tidak boleh mendekati Syamsul tapi kali ini agak berlebihan apabila mereka pula berkahwin di luar negara tanpa dapat izin mahkamah di sini,” katanya.
Pada 28 Jun tahu lalu, Puteri Sarah menerusi peguamnya menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan (Ira Kazar)
Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di media sosial atau mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.
Perintah terbabit juga bagi memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.
Pelakon Puteri Sarah Liyana selamat tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur kira kira jam 10.25 pagi pada Isnin untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah kontroversi, Syamsul Yusof.
Puteri Sarah yang memakai jubah serta tudung serba hitam itu hadir bersama dua orang adik beradiknya.
Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam media sosial.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syamsul Yusof Kongsi Video Tengah Shooting Filem ‘Khawarij’ Buat Netizen Lagi Tak Sabar - “Keluar Pawagam Saja, Aku Mesti Tengok…”

gempak
13/11/2024
07:55 MYT
Perkongsian video di Instagram Syamsul Yusof memperlihatkan pengarah itu sedang menjalani penggambaran filem seram terbaharunya berjudul Khawarij menarik perhatian warga maya.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Berada Di Pentas Komedi Pencapaian Besar Untuk Puteri Sarah Liyana - “Saya Belajar Untuk Buat Lawak Secara…”

gempak
10/11/2024
09:55 MYT
Tersingkir di minggu suku akhir pada Ahad lalu, pelakon Puteri Sarah Liyana bagaimanapun berkata dia banyak belajar sepanjang berada di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
Hiburan

Patimah Ismail Kongsi Gambar ‘Throwback’ Yusof Haslam & Syamsul Yusof ,Netizen Syukur Hubungan Semakin Erat - “Alhamdulillah... Syukur Ya Allah”

gempak
08/11/2024
03:55 MYT
Menerusi hantaran di Instagram, Patimah tidak menulis sebarang kapsyen namun pada gambar tersebut tertulis “tak semua rindu itu mampu diluah dengan kata-kata”.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Tersingkir Minggu Ketujuh, Kumpulan Gebu Tetap Syukur Sampai Ke Suku Akhir - “Kami Jangka…”

gempak
07/11/2024
04:55 MYT
Kumpulan Gebu tidak menyangka mereka akan bertahan di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) sehingga minggu suku akhir pada Ahad lalu.
Terkini

Puteri Sarah Anggap Perceraian Bukan Satu Trend’ - “Siapa Yang Mahu Berakhir Dengan Kekecewaan…”

gempak
07/11/2024
01:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana menyelar tindakan segelintir pihak yang menganggap perceraian selebriti seperti mengikut ‘trend’.
Unitar