Laman Utama

“Kita Akan Panggil Imam Itu” - Timbalan Menteri Nikah Online? Majlis Agama Islam Narathiwat Jalankan Siasatan!

gempak
Awani
04/07/2021
16:20 MYT
Sponsor Banner
“Kita Akan Panggil Imam Itu” - Timbalan Menteri Nikah Online? Majlis Agama Islam Narathiwat Jalankan Siasatan!
Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Thailand bakal menjalankan siasatan terhadap majlis akad nikah secara dalam talian yang didakwa membabitkan seorang Timbalan Menteri di negara ini.

Perkara itu didedahkan Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat.

Menurutnya, siasatan dijalankan termasuk memanggil seorang imam Masjid Kedai Baru, Sungai Golok yang menjalankan majlis berkenaan.

Jelasnya, pihaknya tidak pernah mengiktiraf pernikahan secara dalam talian.

"Kita akan panggil imam itu, untuk dapatkan maklumat, kita akan tanyakan perkara itukerana majlis agama tidak bagi kebenaran nikah menggunakan telefon (online)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Abdul Aziz berkata demikian sebagai mengulas satu rakaman pernikahan melalui telefon yang didakwa membabitkan seorang ahli Parlimen Kelantan berserta dua saksi.

Video dan salinan sijil nikah tular di media sosial sejak semalam yang turut mendapat kritikan ramai kerana melangsungkan pernikahan sewaktu rakyat berdepan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sijil berkenaan antara lain memaparkan tarikh pernikahan pada 1 Jun lepas dengan pasangan yang berusia 20an.

Ketika ini Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di selatan Thailand tidak membenarkan sebarang aktiviti rentas negara bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live