Pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq tampil menyatakan sokongan terhadap gedung tekstil Jakel untuk berdepan kontroversi yang melanda baru-baru ini.

BACA: Perlekeh Orang Melayu, Adik Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Mohon Maaf - "Kenyataan Yang Dikeluarkan Adalah…"

Jelas Abu Syafiq, dia merasakan situasi yang terjadi kepada Jakel sama nasibnya seperti yang berlaku kepadanya sebelum ini.

"Terbaru berkaitan dengan Jakel, apa yang berlaku kepada Jakel kali ini hampir sama apa yang berlaku ke atas saya, iaitu melaga-lagakan antara umat Islam.

"Fitnah di bulan Ramadan, dengan sifat dengki. Jadi saya ingin isytiharkan bahawa saya orang pertama yang menyokong Jakel.

"Insya-Allah kita akan membeli kain di Jakel, kita jahit untuk pelajar-pelajar tahfiz, anak yatim dan miskin serta orang susah yang memelukan.

"Supaya kita menyokong Jakel yang membantu bangsa Melayu dan umat Islam khususnya.

"Sekarang kita nampak siapakah di belakang pengkhianatan ini, jadi ikutlah nabi jangan ikut wahabi," pesannya menerusi akaun Instagramnya pada Selasa.

Ustaz Abu Syafiq Support JAKEL

A post shared by Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq) on


Sebelum ini kecoh apabila adik kepada adik Pengarah Urusan gedung tekstil terbesar Malaysia itu, Muzaffar Jakel, yang secara tidak sengaja memuat naik kenyataan yang menyentuh sensitiviti orang Melayu di Instagramnya.

Bagaimanapun, Muzaffar telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial.