Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Kita Buat Pemeriksaan, Bukan Penggeledahan Atau Serbuan Di Rumah Ebit Lew” - Polis

Gempak
20/08/2021 02:36 MYT
Polis mengesahkan membuat pemeriksaan di rumah pendakwah terkenal, Ebit Lew semalam (Khamis) bagi melengkapkan kertas siasatan kes gangguan seksual.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata tindakan itu adalah perkara biasa dan sebahagian daripada proses siasatan.

"Kita buat pemeriksaan bukan penggeledahan atau serbuan di rumah itu. Ia prosedur biasa polis bagi menyiasat sesuatu kes.

"Setakat ini, saya tidak dapat sahkan sama ada kita membuat sebarang rampasan atau tidak di rumah itu. Kes giat disiasat," katanya kepada BH.

Terdahulu, polis mengesahkan mengambil keterangan pendakwah itu di Bukit Aman, hari ini, bagi membantu siasatan kes terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Media melaporkan Ebit tiba bersama peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican pada jam 9.30 pagi tadi dan keluar pada jam 2 petang.

Pendakwah itu ketika ditemui media di luar Bukit Aman petang tadi, mendakwa kes berkenaan adalah satu fitnah yang sangat kejam dan melampau.
 
 
#Ebit Lew #Gangguan Seksual #Bantu Siasatan