Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Kita Dah Setahun Melawan, Hujungnya Masih Tidak Kelihatan” - DG Noor Hisham Kenang Perjuangan Negara Menentang COVID-19

Azwa Rahman 25/01/2021 | 14:20 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan rasa sedihnya apabila mengenang perjuangan negara menentang COVID-19 sudah memasuki satu tahun.
Menerusi laman sosial Facebook rasmi miliknya, Noor Hisham berkongsi foto-foto para petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menjalankan tugas.
“Sungguh menyedihkan saya hari ini apabila kita telah bertahan selama satu tahun melawan COVID-19 di negara kita. Hujungnya hampir tidak kelihatan.
"Namun, walaupun keletihan mental dan fizikal, kita semua perlu terus maju. Setiap orang, tidak kira siapa anda, mesti bersama memikul tanggungjawab ini untuk menyelamatkan negara kita.
“Patuhi SOP, pakai topeng muka dengan betul, cuci tangan, dan jaga jarak fizikal. Duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar. Bersama-sama kita dapat memutuskan rantai transmisi COVID-19. Kita mesti bersatu dan bersama-sama kita terus berjuang. Insya-Allah,” ujar beliau menerusi satu hantaran di Facebook sebentar tadi.
Kekecewaan dan kesedihan itu semakin bertambah apabila dalam masa setahun, kes dilihat meningkat dan kini telah mencecah ribuan angka.
Meninjau ke ruangan komen, Noor Hisham dan seluruh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat sokongan yang padu daripada segenap lapisan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.
Ramai yang memberikan kata-kata perangsang, motivasi serta ucapan penghargaan buat pasukan KKM yang berjuang merawat mereka yang positif pandemik.
“Setahun bersama COVID-19. Semoga barisan hadapan terus kental dan barisan Belakang tidak lagi bebal,” komen seorang wargamaya.
Hang on there Tan Sri, your team needs you, the whole country needs you. You are our hope and our light,” sokong seorang wargamaya.
“Hanya mampu doa dari kejauhan mudah-mudahan Allah berikan kekuatan buat Tan Sri dan semua frontliners, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT hendaknya,” doa seorang wargamaya.
“Kami terharu dengan istiqomah Tan Sri dan pasukan menghadapi tohmahan golongan yang bebal di luar sana. Kebanyakannya dalam masyarakat Malaysia, ramai yang masih belum faham the degree of this crisis. Unfortunately, believe it or not, masih ramai juga yang masih menganggap ini mcm flu biasa,” luah seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat hampir 1,300 perkongsian dan 500 komen semangat daripada rakyat Malaysia.
#Malaysia #KKM #COVID-19 #Noor Hisham Abdullah
;