BERITA
“Kita Jaga Suami Kita Sebaik Mungkin, Tapi...”- Nora Ariffin
Penyanyi Nora Ariffin menyedari kebelakangan ini, ramai isteri yang menerima nasib yang sama sepertinya iaitu kehilangan suami.
Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 46, berkata dia turut bersimpati dan bersedih dengan isteri-isteri yang senasib dengannya.
Namun, Nora memberitahu wanita-wanita itu harus tabah dan reda kerana ia semua qada dan qadar Allah.
“Kebelakangan ini, ramai yang kehilangan suami tercinta. Takziah saya ucapkan. Rasa simpati dan sedih dapat saya rasakan.
“Kita sayang suami kita..Tapi Allah lebih sayang dia lagi. Tiada siapa yang minta musibah sebegini.
Kita jaga suami kita sebaik mungkin tapi Allah ambik balik. Disaat kita belum bersedia..
“Bolehkah kita berunding dengan Allah minta tangguhkan? Bolehkan kita menghalang kehendak Allah? Bolehkan kita menyalahkan orang lain? Tidak sema sekali...
“Kerana itu yang namanya QADA & QADAR....
Ketentuan Allah. Kita tidak boleh memilih suka dan bahagia selamanya.Kerana dunia ini sementara dan penuh dengan ujian.Kerana suka dan duka itu adalah RAHMAT ALLAH.
”Jangan kita seronok dengan nikmat saja. Bila ditimpa ujian.....kita tak boleh terima. Lebih parah bila kita mula menyalahkan orang lain. Nauzubillah..
“Mustahil ada orang yang mahukan derita. Tapi itu namanya REDHA. Memang susah nak terima...Tapi itulah UJIAN.. Ujian dari Allah....utk meningkatkan iman kita. Belum tentu beriman seseorang itu selagi mereka belum diuji....
“Kepada mereka yang senasib dengan saya. Bertabahlah...Sabar lah..Pedulikan kata- kata manusia.....buat apa yang diredhai Allah....Pasti ada hikmah disebalik disetiap kejadian.
”Kepada yg masih punya segalanya...Bersyukur lah...Jangan sesekali memandang rendah, melempar fitnah, menghina org lain....Kerana......Kita pun bukan sempurna. Kita belum tahu nasib kita bagaimana...Berdoalah yg baik- baik.Husnudzan pada Allah..Apa yg kita miliki semuanya sementara,” tulisnya.
Nora berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengikutnya terutama kaum isteri.
Rata-rata cuba bermuhasabah diri dan turut memberi kata semangat kepada Nora.
Suami Nora yang juga seorang komposer, Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Must-Watch Video