,
Laman Utama

"Kita Ni Lelaki Bro, Bahagiakan Wanita Yang Dicintai" - Yayan Ruhian Titip Nasihat Buat Beto Kusyairy, Bergasak Semata-Mata ...

Amri Hassan
06/07/2023
17:20 MYT
Terkenal dengan strategi menampilkan artis popular mempromosikan produk makanan dipasarkan, jenama terkenal Pak Mat Western (PMW) Cafe terus disifatkan sudah berada di tahap ‘another level up’.
Selepas menampilkan pelawak dan pengacara Big Stage dari seberang, Rina Nose bercakap loghat Utara di samping bakat cilik, Adik Haziq berbahasa Indonesia, terbaharu ditampilkan pula gabungan pelakon hebat, Yayan Ruhian dan Beto Kusyairy.

Yayan, Beto bergabung balik!

Yayan yang juga pelakon bertaraf Hollywood kelahiran Indonesia digandingkan buat kali pertama dengan Beto sekali gus mengembalikan memori kolaborasi mereka dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan terbaharu mereka turut berlakon dalam filem The Original Gangster.
Gandingan Yayan dan Beto itu juga serentak dengan pelancaran pembungkusan semula produk kambing perap PMW dipanggil Pek Murahdani berharga RM37.90 dengan berat 550 gram diperkenalkan sejak bulan lalu.
Ketua Pegawai Strategi PMW Group, Nurina Izz Zayani berkata kemunculan Yayan dan Beto itu sebagai meneruskan tradisi kemuafakatan Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun.
"Persetujuan dicapai oleh kedua-dua artis yang bukan lagi asing sesama mereka. Penggambaran dibuat di sebuah kediaman di Petaling Jaya minggu lalu mengambil tempoh 10 jam.
"Kita juga lihat gabungan dua bakat hebat dua negara ini bukti jenama bumiputera seperti kami tak lupa meraikan mereka yang benar-benar hebat.
"Yayan sendiri bukan pelakon calang-calang. Beliau sudah membintangi banyak filem Hollywood. Yayan paling diingati menerusi wataknya sebagai Tasu Leech dan filem ikonik Star Wars: The Force Awakens. Beliau turut membintangi filem John Wick: Chapter 3, Beyond Skyline, sekuel The Raid, Yakuza Apocalypse, dan lain-lain.
"Dalam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, watak antagonis Toga terus diingati. Beto pula umum tahu, dia seorang pelakon berjiwa besar dan setiap kemunculannya pasti ditunggu," kata Nurina Izz.

Tembus negara jiran?

Jelas Nurina Izz lagi, menyatukan dua nama besar itu juga menjadi kebanggaan jenama berdaftar di bawah syarikat Pak Mat Western Ddn Bhd itu.
"Ada yang anggap gandingan dua bakat serumpun itu sebagai isyarat PMW akan tembus ke negara jiran. Jika ia menjadi kenyataan, sudah tentu kami pasti teruja.
"Namun, sejujurnya, belum ada perancangan ke arah itu dalam masa terdekat. Tapi kami anggap ia permulaan untuk kami terus terbang tinggi dan ‘next level’ selepas lebih empat tahun memperkenalkan makanan sejuk beku atau frozen.
"Paling utama, kami mahu terus mengukuhkan legasi jenama makanan ini yang terkenal dengan tagline Citarasa Hotel, Harga Warong. Inisiatif kami itu tak pernah ternoktah. Harga mampu milik, tapi kualiti premium. Kita mahu sajikan hidangan makanan enak tanpa mengira kasta, kaum dan pangkat," kata Nurina Izz.
Sebelum ini jenama berkenaan kerap menampilkan artis dan personaliti termasuk Beto, Lisa Surihani, Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila, Bell Ngasri dan ramai lagi.
Terdahulu video iklan berlatar belakang sekitar era tahun 1980-an menampilkan Yayan dan Beto dilancarkan di YouTube, Facebook, Instagram dan akaun media sosial rasmi PMW.

Yayan jadi hero, Beto jadi gangster

Menerusi video aksi dan komedi dimuat naik itu, Yayan digambarkan sebagai watak hero. Manakala, Beto pula sebagai antagonis menjadi gangster.
"Jalan ceritanya menarik kerana Beto yang melakonkan watak jahat dan ‘langsi’ terpaksa memenuhi permintaan isterinya yang mengidam kambing perap.
"Bagaimanapun, usaha mendapatkan kambing perap itu tidak mudah kerana Beto harus mendapatkannya daripada Yayan. Pelbagai cabaran dan rintangan harus ditempuhi Beto," kata Nurina Izz.
Yayan di dalam video itu digambarkan sanggup menjaga dan melakukan apa saja demi mempertahankan kambing perap disayangi.

Bahagiakan wanita dicintai

Namun, hati Yayan tiba-tiba lembut dan sanggup berkongsi kambing perap itu dengan Beto dan isterinya.
“Aku takkan biar sesiapapun ambil kau (daging perap). Ia memang kegilaan nusantara dan sedap ‘gilo’.
“Kambing perap ini antara yang paling enak pernah dirasai saya. Jadi kalau rasa enak, semua patut rasa,” tuturnya dalam video itu.
Malah hero aksi yang turut mahir dalam cabang seni mempertahankan diri itu menitipkan pesan dan bekal kambing perap buat isteri Beto.
“Kita ini lelaki, bro. Bahasa cinta ialah usaha dan perjuangan kita membahagiakan wanita yang dicintai.
“Teruskan mencintai wanita tersayang,” ungkapnya yang turut mengiyakan niat Beto supaya tiga konco turut menjadi ejen kambing perap berkenaan selain mengawal keselamatannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Cipta Nama Di Luar Negara, Nasihat Siti Nurhaliza Buat Pelapis Baharu - “Selalu Juga Cabar Diri Dengan Cara Nyanyian Yang..”

gempak
21/11/2024
02:55 MYT
Menurut pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu, sekiranya mempunyai rezeki untuk melebarkan sayap ke negara luar mereka tidak seharusnya mensia-siakan peluang tersebut.
Hiburan

Ernie Zakri Menang Anugerah Pertama Di Indonesia, Lagu Masing Masing Dinobat Soundtrack Sinetron Paling Ngetop - “Rezeki Yang Luar Biasa”

gempak
20/11/2024
21:55 MYT
Penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri terus melakar kejayaan apabila lagu hits nyanyiannya iaitu Masing Masing berjaya merangkul anugerah di Indonesia, pada Rabu.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Unitar