Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tekad untuk bangkit daripada kekalahan partinya, Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk membentuk kem pembangkang yang berwibawa.
Walaupun sedar kekalahan BN kepada Pakatan Harapan (PH) menunjukkan rakyat menolak BN, katanya, rakyat juga mahu BN dilihat sebagai pembangkang yang berintegriti dan bertanggungjawab.
"Penolakan rakyat terhadap BN masih jelas dalam ingatan.
"Tetapi, dalam beberapa minggu akan datang, kita akan memulakan tugas sebagai pembangkang yang berwibawa bagi mengembalikan kepercayaan kepada rakyat," kata bekas Menteri Belia dan Sukan itu dalam satu sidang media Pergerakan Pemuda UMNO di ibu negara, hari ini.
Jelas beliau, pihaknya akan sentiasa menilai dan memastikan kerajaan semasa memenuhi manifesto mereka pada PRU14.
Khairy menambah, proses pemulihan UMNO dan BN bukan sahaja bergantung kepada ahli tetapi mereka yang menang kerusi pada PRU14 juga.
"Kita mempunyai 78 Ahli Parlimen. Kita perlu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat setelah mereka memilih kita," ujar beliau.
Beliau turut mengharapkan dasar-dasar kerajaan sebelum ini dikaji secara objektif.
Pada PRU14 minggu lalu, Khairy memenangi kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 18,357 undi.
Sumber: Astro Awani
Susunan: Kamaruddin Razal
Foto: Google
Kamaruddin Razal
Mon May 14 2018
Berang Dituduh Hasut Jenama Lain, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies - “Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ini!”
Bella kongsi semula IGs Sarah Yasmine.
Nama Dipetik Dalam Perbualan Whatsapp Viral, Jenama Suplemen Beri Respons
Jenama suplemen terkemuka, Kitsui memberi respons susulan nama dipetik menerusi perbualan Whatsapp yang didakwa berlaku antara bekas dutanya dengan seorang pelakon lelaki.
Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Hasut Aliff Robohkan Rumah Tangga? - “Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toxic”
Wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine atau lebih hangat dikaitkan sebagai ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendakwa aktres sensasi, Ruhainies sebagai dalang penghasut disebalik konflik rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.
Pengalaman Baru Menonton Filem Dengan Gaya Hip & Trendy Menerusi ‘Silent Cinema’ Di Malaysia!
Penerbit filem Astro Shaw menjalinkan kerjasama bersama RexKL untuk memberi pengalaman baru menonton filem-filem terbaik terbitan Astro Shaw secara ‘Silent Cinema’.
Caprice Nasihat Aliff Aziz Serahkan Bukti 400 Foto, Video Kecurangan Bella Astillah Kepada Polis - "Ada Mangsa Lain Yang DM..."
Caprice dedah Aliff buat laporan polis berhubung kecurangan isterinya.
Guna Banyak Singkatan Perkataan Pelik, 'Kod' Mesej 'MUSM' Aliff Aziz Kepada Ruhainies Trending Di X
Penggunaan singkatan perkataan 'Miss You (u) So Much' (MUSM) menjadi topik hangat di aplikasi X, semalam. Singkatan itu didakwa digunakan penyanyi, Aliff Aziz sebagai membalas mesej 'LUM' atau 'Love You (u) More' yang dihantar pelakon, Ruhainies. Singkatan-singkatan tersebut adalah antara kandungan mesej yang dipaparkan pada tangkap layar WhatsAp
“Dekat Situ Nampak Dia Push Aliff” - Bella Astillah Kecewa, Terkejut Suami Sendiri Didakwa Rancang Mahu Jatuhkan Dirinya
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui kecewa dan sedikit terkejut apabila melihat tangkap layar perbualan Whatsapp yang didedahkan oleh satu individu baru-baru ini.
Kasihan Ibu Aliff Aziz, Dihentam, Dibenci Netizen... Sarah Yasmine Ambil Tugas Cerita Hal Sebenar!
Banyak Sarah 'spill the tea' fasal Aliff Aziz.
Nama Dipetik Isu Aliff Aziz, Isteri Caprice Tampil Pertahankan Diri - “Siapa Yang Terlibat Dalam Cerita Ini, Semua Bod*h!”
Isteri Caprice berang nama dipetik isu Aliff Aziz.
Lagi Pendedahan! Kali Ini Sarah Yasmine Kongsi Rakaman Suara Lelaki Didakwa Caprice?
Panas! Lagi pendedahan Sarah.