Hiburan
“Kita Sama-Sama Rakyat, Tak Ada Beza” - Naim Daniel Mahu Selebriti Mohon Bantuan Seperti Orang Biasa.
Penyanyi dan pelakon Naim Daniel mencuri tumpuan wargamaya apabila berpendapat golongan selebriti juga layak menerima bantuan seperti rakyat Malaysia yang lain.
Menerusi laman sosial Twitter, Naim mengulang kicau satu kicauan ketika sesi temubual Instagram Live bersama Harian Metro.
“Kita sama-sama rakyat. Tak ada beza,” jelas Naim menerusi kicauan tersebut.
Tambah Naim lagi, dia menegaskan tidak perlu untuk golongan selebriti meletakkan diri mereka dalam satu kelompok yang khusus dan boleh memohon bantuan seperti rakyat biasa yang telah diumumkan oleh kerajaan.
Malah menurutnya lagi, ada banyak perkara penting yang harus diutamakan berbanding bantuan khusus untuk para selebriti.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya memberikan maklum balas yang positif serta menyokong pendapat Naim.
“Terima kasih sebab berfikiran matang dibandingkan dengan segelintir umat yang usia nak masuk angka senja tapi masih berperangai budak-budak,” kata seorang wargamaya.
“Aku respect naim ni, dia seorang yang humble, macam mana korang tengok dia atas stage macam tu lah dia backstage,” puji seorang wargamaya.
“Selagi hang warganegara MALAYSIA, hang tetap dilabel sebagai rakyat malaysia. Sokong pendirian hang,support idealogi hang. Terbaik anak muda,” komen seorang wargamaya.
“Otaknya masih di tempat asal. Orang yang lagi muda lagi faham dan lagi matang dari yang dewasa,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, kicauan Naim itu telah menerima hampir 11,000 ulang kicau dan 14,000 tanda suka daripada warga Twitter.