Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Kita Sebenarnya Kena Yakin Dengan Anak” - Mawar Rashid Kongsi Pengalaman & Tips Bawa Baby Tunai Umrah

Zulaikha Yusof 20/02/2020 | 00:44 MYT
Aktres Mawar Rashid berkongsi pengalaman mengerjakan umrah bersama anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael.
Kata Mawar, apa yang penting adalah tidak terlalu memikirkan perkara negatif dan yakin dengan anak masing-masing.
"Nak cerita sikit pengalaman Mawar bawak baby pergi umrah. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Harap golongan ibu yang nak bawak baby dapat belajar sesuatu daripada cerita ini.
"Jadi ibu, memang normal awal-awal tu kita akan banyak fikir, kadang-kadang rasa gementar sikit.
"Tapi jangan terlampau overthinking tau! Kita sebenarnya kene yakin dengan anak kita dan yakin semua akan dpermudahkan.
"Mawar memang tak nak dan tak fikir anak ni buat susah apa semua. Dan Alhamdulillah memang senang sepanjang buat umrah. Rafael good boy sangat," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Dalam pada itu, pelakon drama TQ Captain itu mengingatkan supaya membuat persiapan awal dari segi keperluan anak yang akan dibawa.
"Persiapan pun terpenting tu. Buat list awal apa yg perlu bawak. Makan minum anak jugak.
"Kalau boleh plan siap-siap. Kalau still makan baby food, kene bawak la cooler bag semua.
"Macam Rafael ni dia nak merangkak, jadi masa kita solat tu, kite pakai kan yang tali ikat tangan kita and pakaikan kat badan Rafael.
"Bawak alat mainan kat dia jadi dia boleh main-main. Bukak kan cartoon ke bg dia tengok masa kite solat tu.
"Masa umrah pulak. First umrah kitorang semua tawaf betul-betul kat kaabah, time tu boleh bawak stroller. Alhamdulillah sebab tak pack sangat kot.
"Umrah kedua tu, Mawar bawak Rafael tawaf pakai motor tu. Umrah ketiga Mawar buat berdua je dengan Raf. Tawaf macam biasa.
"Keseluruhan Mawar happy sangat Rafael tak nangis, Rafael ni memang suka keluar jalan-jalan. Kat dlm hotel je dia cranky nak suruh bawak dia keluar rumah. Haha," tulisnya lagi.

Nak cite sikit pengalaman Mawar bawak baby g Umrah. Alhamdulillah semua dipermudahkan ❤️ hopefully mommies yg nk bawak baby dapat bljar sesuatu from this story So mommies.... mmg normal awal2 tu kite akan bnyk pk, kdg2 rasa nervous sikit. Tapi jgn terlampau overthinking tau!.. Kita sebenarnya kene YAKIN dgn ank kita dan YAKIN semua akan dpermudahkan. Mawar mmg tk nak dan tk pernah fikir anak ni buat susah apa semua. Dan Alhamdulillah mmg senang sepanjang buat umrah. Rafael good boy sgt. . Preparation pun terpenting tu. Buat list awal2 apa yg perlu bawak. Makan minum anak jugak. Kalau boleh plan siap2. Kalau still mkn baby food, kene bawak la cooler bag semua. . Macam Rafael ni dia nak merangkak, so time kita solat tu, kite pakai kan yang tali ikat tangan kita and pakaikan kat badan Rafael. Bawak toy kat dia so dia boleh main2. Bukak kan cartoon ke bg dia tgk time kite solat tu ? . Time umrah pulak. First umrah kitorg semua tawaf betul2 kat kaabah, time tu boleh bawak stroller Alhamdulillah sbb tak pack sgt kot. Umrah kedua tu, mawar bawak rafael tawaf pakai motor tu. Umrah ke-3 mawar buat berdua je ngan raf. Tawaf macam biasa. Slide tepi kalau nk kitorg tawaf pakai motor. . Overall Mawar happy sgt Rafael tak nangis2, Rafael ni mmg suka keluar jln2. Kat dlm hotel je dia cranky nak suh bawak dia klua rumah. Haha . So tu la serba sedikit story bawak Rafael g umrah. Kalau nak tanya pape lagi, gi kat IG story Mekwa kay ? . Baju rafael dari @mothercare_Malaysia ❤️

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Selain Mawar, suaminya, Raf Yaakob serta anak mereka, Rafael turut sama berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 11 Februari lalu untuk mengerjakan ibadah umrah.
#Umrah #Mawar Rashid
;