Hiburan
“Kita Seminggu Sekali Kena Korek Swab Test Ok Je” - Luqman Hakim ‘Sekolahkan’ Instafamous?
Isu Instafamous yang didakwa tidak berpuas hati dengan cara kerja dua jururawat di sebuah hospital bukan saja menarik perhatian netizen.
Malah, penyerang muda Liga Pro Belgium, KV Kortrijk iaitu Luqman Hakim Shamsuddin turut meluahkan pandangannya mengenai isu tersebut menerusi satu posting di Twitternya, semalam.
Menurut, dia terpaksa melakukan swab test seminggu sekali, namun tidak pula merungut seperti dilakukan Instafamous tersebut.
“Kita seminggu sekali kena korek (swab test) ok je. Nurse sini buat pusing macam skru weh,” katanya ringkas.
Posting tersebut kemudian menarik perhatian netizen apabila ramai yang tidak menyangka Luqman secara halus menyindir tindakan Instafamous tersebut.
Rata-rata mereka dilihat bersetuju dengan pandangan Luqman dan menganggap tugas frontliner sewajarnya dihormati.
Kito seminggu sekali keno korek mcm ni bereh jah , nurse sini buat pusing mcm skru abe weh https://t.co/SEnbv7s6P6— luqmansham10 (@luqmansham10) December 15, 2020
Terdahulu, Instafamous tersebut dikatakan tidak berpuas hati apabila jururawat yang mengambil sample swab test menenkan lubang hidungnya terlalu kuat.
Susulan tersebut, berlakunya sedikit pertengkaran antara mereka dan video rakaman yang memaparkan kejadian tersebut terus dimuat naik di akaun Instagram Instafamous itu.
Must-Watch Video