Skip to main content

Berita Tempatan

Kita Semua Sebuah Keluarga, Memberi Ini Nikmat Rasanya Jika Kerana Allah - Ebit Lew

ebitliew.jpg
Pelbagai persepsi orang ramai termasuk selebriti terhadap usaha kerajaan mewujudkan Tabung Harapan Malaysia bertujuan membantu kerajaan menangani beban hutang negara.
 
Ada yang beranggapan lebih baik menitikberatkan hutang diri sendiri daripada menyalurkan sumbangan kepada negara.
 
Pendakwah bebas, Ebit Lew antara rakyat negara ini yang tampil membantu menghulurkan sumbangan kepada negara menerusi tabung tersebut.
 
Baginya, kehidupan masyarakat di negara ini umpama sebuah keluarga dan setiap negeri juga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
 
"Mulakanlah bantu keluarga kita lepas tu kita bantu orang lain. Semoga Allah maafkan kita semua. Jangan kedekut pada isteri dan pada mak ayah. Nasib semua orang tak sama," katanya menerusi akaun Instagramnya.
 
 

Syukur pada Allah saya baru sempat nak transfer kerana Allah demi negara tercinta. Doakan supaya setiap ringgit kita belanjakan di jalan Allah akan digandakan 700 kali. Kita semua sebuah keluarga. Semoga negara dan setiap negeri di Malaysia ini sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.. Mulakanlah bantu keluarga kita lepas tu kita bantu orang lain..semoga Allah maafkan kita semua..jangan kedekut pada isteri dan pada mak ayah. Nasib semua orang tak sama. Pengalaman baru memberi untuk negara kita. Bukan selalu dapat peluang begini. Memberi ini nikmat rasanya jika kerana Allah.. Bila waktu malam saya bungkus 300 bungkus nasi ayam. Dan air kotak dll. Pusing kl lihat keadaan masyarakat duduk bawah jambatan, lapar dan sakit. Terfikir sedang saya makan kenyang dan tidur lena ada orang susah. Saya beri mereka motivasi. Lihat wajah, pakaian mereka rasa sedih. Selasa ni nak pusing lagi. Nak suap mereka dan peluk anak remaja ini. Mereka mesti rindu kasih sayang ibubapa dan keluarga.. Paling sedih anak remaja kita ada yang tinggal sama sendiri. 18 orang dalam bilik kecil. Ada yang ada masalah keluarga dan kehidupan..kecil-kecil lagi. Saya teringin sangat nak siapkan resort untuk dijadikan tempat motivasi dan training untuk semua golongan. Beri mereka motivasi bulanan. Lepas tu dari situ hantar mereka ke tempat yang sesuai. InsyaAllah satu hari nanti jika ada kemampuan nak beli tanah untuk tujuan itu..saya juga berdoa satu masa nanti dapat beri kursus untuk semua kementerian agar sama-sama kita belajar berjalan setiap malam melihat keadaan masyarakat kita... Sahabatku semua ingatlah dengan memberi membersihkan jiwa. Carilah orang miskin dan anak yatim. Ini bulan rahmat. Bulan sedekah..bulan kasih sayang. Bulan rezeki. Bersihkan hati dan lihatlah sesuatu dengan iman-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Dia juga memberitahu sumbangan kepada tabung ini memberikan suatu pengalaman baru untuk menyumbang pada negara.
 
"Bukan selalu dapat peluang begini. Memberi ini nikmat rasanya jika kerana Allah," katanya.
 
Sikap prihatinnya ini bukan hanya pada negara. Dia juga sering melakukan kerja amal menyumbang makanan percuma kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur sambil memberi kata-kata motivasi dan berdakwah.
  Tabung berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) kelmarin dan sehingga kini difahamkan kutipan sudah mengumpul sebanyak RM18.6 juta.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement