Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Kita Semua Tak Sempurna Tapi…”- Siti Nurhaliza Komen Mengenai Adik OKU Yang Menyanyikan Lagunya

Syafiqah Jalal 25/08/2020 | 05:29 MYT
Minggu lalu, tular video seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu dendangan asal penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ia menjadi tular kerana nyanyian dan suara pelajar yang bernama Suhaila dari kelas Pendidikan khas itu sangat merdu dan sempurna.

Siti Nurhaliza yang menyedari mengenai bakat adik tersebut memuat naik kembali video tersebut di Instagram dan kagum dengan persembahan tersebut.

“Subhanallah.. inilah kebesaran Allah swt.. Kita semua tidak sempurna tetapi Allah beri kelebihan yang berbeza- beza...

“Semoga Allah swt sentiasa lindungi adik ini dan mendapat keberkatan di dunia & akhirat ya .. Aamin ya rabb..,” katanya.

Difahamkan adik Suhaila menyanyikan lagu tersebut ketika melakukan persembahan di sekolah sempena Sambutan Awal Muharram.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji kemerduan suara adik Suhaila.

Subhanallah.. inilah kebesaran Allah swt.. Kita semua tidak sempurna tetapi Allah beri kelebihan yang berbeza beza... Semoga Allah swt sentiasa lindungi adik ini & mendapat keberkatan di dunia & akhirat ye .. aamin ya rabb.. ❤️❤️ •• •• •• #Repost @danny.yal_official with @make_repost ・・・ Subhanallah... Cuba dengar suara ni, Tok Ti @ctdk . Merdu sungguh! ? Come on, guys! Share video ni agar satu Malaysia melihat adik ni mempunyai bakat yang LUAR BIASA! Sumber: @hotfm976 #Subhanallah #CTDK #AkuBidadariSyurgamu #7HariMencintaimu #7HariMencintaimu2

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

#Penyanyi #Viral #Siti Nurhaliza #Penyanyi #Menyanyi #Viral #OKU
;