Laman Utama
“Kita Semua Tuntut Di Sana”- Ulas Isu Nafkah Anak, Rita Rudaini 'Geng' Bekas Isteri DDNK
Pelakon Rita Rudaini yang merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anak sejak sembilan tahun lalu mengulas isu nafkah Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) yang diberikan kepada anaknya.
Rita memberi pendapatnya berdasarkan pengalamannya dalam satu video TikTok yang memuat naik satu tangkap layar memaparkan artikel berhubung isu nafkah anak DDNK.
Rita dalam ayatnya seolah-olah memberi bayangan mengenai jumlah nafkah yang diberikan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dipercayai merujuk kepada bekas suaminya Aidil Zafuan.
Malah siap meminta netizen menekanya.
“Jutawan bagi nafkah anak RM5,000 je?! Ayooo… JDT player club tersohor lagi terpaling juara bagi nafkat dekat dua orang anak… cuba teka,” tulisnya.
Meskipun pelakon berusia 46 tahun itu tidak mendedahkan secara lanjut, ramai netizen mula berteka-teki dengan menyatakan jumlah nafkah diterima dua anak lelaki Rita.
Dalam pada itu Rita sempat menyatakan bahawa perkara tersebut akan dituntut oleh mereka di akhirat nanti.
“Tapi sis… kita semua tuntut ‘di sana’… biarkan mereka bergumbira di dunia,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Rita dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 2008, namun bercerai pada September 2013.
Must-Watch Video