Hiburan
"Kita Sentiasa Berdoa Kat Dia, Tapi Kita Masih Bodoh & Sombong!" - Fendy Bakry 'Mengamuk' Dengan...
Marah benar nampaknya pelakon Fendy Bakry dengan segelintir rakyat Malaysia yang masih lagi degil dan buat tak endah dengan perintah Pergerakan Terhad yang dijalankan sehingga akhir bulan ini.
Apatah lagi sudah ada ura-ura tarikh tersebut akan dilanjutkan jika masalah Covid- 19 masih belum dapat dibendung.
"Jika perkara ini berlanjutan, apa sebab dan mengapa ia terjadi? Rasanya kita semua dah tu sebabnya.
"masih ada segelintir manusia yang ketegaq biji.
"Kadang bila berlembut tak ada langsung sikap tanggungjawab," tulis Fendy pada satu entri di Instagram miliknya.
Tambah Fendy, mungkin pihak berkuasa perlu lebih agresif menangani masalah yang sedang berlaku sekarang ni.
"Kesian dekat perniaga-peniaga yang mana takda simpanan, yang perlu kerja seharian untuk kelangsungan hidup.
"Nak makan apa weh. Bukan cakap dia orang je. Kadang kita orang yang shooting ni pun terasa jugak," tulis Fendy.
Fendy kesal kerana ada yang bekerja di belakang tabir dan di depan tabir yang turut sengsara kerana mereka juga punyai tanggungjawab terhadap keluarga, di samping perlu menjelaskan bil seperti orang lain.
"Kesian kat frontliners kita. Siang malam bertugas, makan pun tak makan, tidur ataslantai. Kalau macam ni sikap kita, sia-sia weh usaha depa nie. kita sama-sama bantu la hanattt!!!
"Tak lama makanan pun dah kena catu weh. Yakin ke yang barang akan cukup?" tanya Fendy lagi.
Tanya Fendy lagi, jika berlanjutan bagaimana pula kita mahu menghadapi bulan puasa, mengerjakan umrah serta haji.
"Bila dah berkurung lama, makanan dah takdak. DAN di masa tu, takkan la nak tunggu DAJJAL datang untuk janji syurga yang sememangnya itu adalah neraka. Masak weh!
"Tempoh 2 minggu ja pemerintah mintak. Semua ni dibuat untuk kita jugak, untuk negara tapi tak nak juga dengar," keluhnya.
Fendy meminta semua menjaga nikmat kesihatan yang Allah kurniakan dan bukannya mencari penyakit dengan melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
"Pelihara tak salah pun. Yang salah kau dedahkan diri kau pada penyakit. Allah sayang kita. Nak kita duk rumah.
"Allah uji kita sebab Allah nak kita sentiasa mohon kat Dia, mintak kat Dia, berdoa kat Dia. TAPI KITA MASIH BODOH DAN SOMBONG!!!" tulis Fendy dalam nada kecewa dan marah.
Perkara ini dibangkitkan oleh Fendy kerana masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mematuhi arahan supaya duduk di rumah untuk mengawal wabak Covid- 19 daripada terus merebak.