Viral

"Kita Tahu Apa Benar, Tak Perlu Takut" - Remy Ishak Putus Tunang, Mira Filzah Bukan Perampas

gempak
Amri Hassan
03/05/2019
00:25 MYT
Sponsor Banner
"Kita Tahu Apa Benar, Tak Perlu Takut" - Remy Ishak Putus Tunang, Mira Filzah Bukan Perampas
Pelakon cantik Mira Filzah menafikan dirinya menjadi punca rakan pelakon Remy Ishak putus tunang pada Februari lalu.
Menjelaskan lebih lanjut tentang perkara itu, kata Mira situasi itu telah diperjelaskan dengan terperinci oleh Remy sebelum ini.
"Secara peribadinya saya tiada tertekan apabila nama saya terkait dengan kes Remy dan tunangnya.
"Sebab jika diperhatikan di media sosial saya, tak ada pun komen berbaur provokasi atau marah-marah melainkan di akaun Remy.
"Malah, Remy pun sudah menjelaskan bagi pihak dia dan seperti mana semua sedia maklum, saya tiada kaitan dengan perkara terbabit. Kita tahu apa yang benar, jadi tak perlu pun takut," katanya kepada Gempak.
Mira yang ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Creacion & Simplysity by Siti Nurhaliza di KLCC baru-baru ini menganggap Remy sebagai rakan sekerja semata-mata.
"Kami cuma kawan sekerja, jumpa pun hanya di set penggambaran atau majlis hiburan. Itu sajalah ruang untuk kami bercakap, tiada sebarang komunikasi lain pun.
"Saya tak tahu kalau hubungan kami sebagai rakan sekerja menjadi tempias besar kepada satu sama lain tetapi saya tidak terasalah.
"Tiada apa yang perlu saya takut sebab saya bukan punca perpisahan mereka. Malah, saya tak rasa kekok pun untuk digandingkan semula untuk telefilem Pujaan Hati Kanda Raya," tambahnya.
Ikatan pertunangan antara Remy dan ahli perniagaan, Ezza Yusof berakhir selepas bertunang pada Mei 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live