“Kita Tak Akan Tahu Bila Masa Akan Pergi…” - Caprice
Asyikin Mayudin
19/08/2024 02:55 MYT
19/08/2024 02:55 MYT
Penyanyi rap dan personaliti media sosial, Caprice berkongsi momen dia bersama putera sulungnya iaitu Airiel Qashaf yang kini semakin membesar dengan cepat.
Utamakan keluarga
Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menitipkan pesanan kepada semua pengikutnya agar sentiasa utamakan keluarga memandangkan ajal akan tiba bila-bila masa.
“MasyaAllah dia semakin membesar dengan cepat. Tidak kira betapa sukar atau senang kehidupan, sentiasa kembali kepada keluarga.
“Kita tak akan tahu bila masa kita akan pergi. Jadi hitunglah berkatmu dan jangan pernah berhenti bekerja keras,” tulis Caprice.
Muka sama
Rata-rata wargamaya di ruang komen di perkongsian tersebut lebih tertumpu kepada wajah anak Caprice yang dikatakan seiras dengan penyanyi rap tersebut.
“Mummy mengandung sembilan bualn, last baby muka daddy. Gebus gebas macam mak dia ja.
“MasyaAllah Tabarakallah esok-esok handsome ni. Didiklah dia menjadi anak soleh moga terpelihara akidah. Iman itu mahal. Lelaki zaman sekarang semua dah tak segan silu dengan Allah Taala.
“photocopy daddy dia betul ni,” komen beberapa wargamaya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ulas Isu ‘Child Free’, Caprice Akui Hidup Berubah Lepas Punyai Zuriat – "Dulu Tidur Bergantung Pada Ubat”
ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh Popular Didakwa Buat Gangguan Seksual? Caprice Kongsi Screenshot Dari Mangsa
ARTIKEL BERKAITAN: Caprice & Isteri Berhenti Kongsi Mengenai Anak Di Laman Sosial - “Maaf Untuk Ibu Bapa Yang Suka Sama-Sama…”
Untuk rekod, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra pada November 2022.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Airiel Qashaf yang dilahirkan pada Mac lalu.
Farra mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.