Penyanyi Ara Johari memohon rakyat Malaysia agar tidak membuat tuduhan melulu terhadap rakan artisnya, Zarith Sofia Yasin yang ditahan kerana menyimpan beruang matahari di kediamannya.

BACA: Penyanyi Ditahan Kerana Simpan Anak Beruang Matahari? Alamak Siapa Tu?

BACA:"Aku Jaga Macam Bayi, Tapi Ini Takdir Ilahi"- Penyanyi Zarith Sofia Tampil Mohon Maaf

Kata Ara, hanya Pia yang tahu situasi sebenar yang berlaku ketika dia menemui haiwan tersebut bulan lalu.

"Kita mungkin tak tahu niat sebenar dia or mungkin kita tak tahu keadaan dia masa dia jumpa bear tu.

"Ya, saya tahu rakyat Malaysia prihatin. Tapi jangan sampai benda tu buat dosa korang bertambah," tulis Ara menerusi akaun Twitternya malam tadi.

Sebelum ini, Zarith ditahan di kondominumnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur selepas pihak Perhilitan menerima aduan daripada jiran penyanyi itu yang menemui seekor beruang matahari di bahagian tingkap rumahnya.

Dia kemudiannya disoal siasat kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran perhilitan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Bagaimanapun, dia kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin pada Jumaat.

Haiwan terbabit kini masih berada dalam jagaan dan pemantauan Perhilitan dan akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan, Sungkai.