,
Laman Utama

“Kita Tolong Yang Termampu”- Jangan Malu, Rakyat Lancar Kempen Kibarkan Bendera Putih Jika Perlukan Bantuan

Mya Amri
29/06/2021
01:31 MYT
Rakyat Malaysia tampil dengan satu kempen yang dipanggil #BenderaPutih di platform media sosial bermula semalam.
Inisiatif itu bertujuan untuk membantu golongan yang terkesan akibat pandemik terutamanya yang putus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera.
Kempen tersebut mula tular di media sosial dan rata-ratanya menyambut baik insiatif berkenaan,
Menerusi tinjauan di media sosial, saranan tersebut mengesyorkan mereka yang berdepan dengan kesulitan menaikkan bendera putih bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan pertolongan.
Kempen itu juga turut mendapat perhatian selebriti antaranya Hanez Suraya, Datuk Aznil Hj Nawawi, Izara Aishah dan Luqman Hafidz.
“Kepada semua yang dalam kesusahan dan tiada makanan, tiada barang keperluan, naikkan bendera kain putih di kediaman anda. Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu.
“Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera kain putih. Semoga ada yang datang membantu.
“Kepada rakyat Malaysia kalau ternampak rumah mengantung bendera putih, pergilah bertanya dan jika mereka memerlukan bantuan bantulah semampu boleh. Tanyakan apa yang di perlukan.
“Mohon lah masuk untuk melihat dan kepada yang memerlukan bantuan bermurah hatilah beri orang yang nak membantu melihat sendiri keperluan anda. Jangan malu jangan segan.
“Kita bantu mana yang mampu. Duit boleh dicari nyawa tidak dapat di kembalikan. Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah S.W.T,” kongsi Hanez.
Berikut merupakan antara respon di platform Twitter berkenaan dengan inisitif #KempenBenderaPutih.
inisiatif kecil ini mungkin dapat membantu mereka yg betul2 terkesan dengan pelaksanaan PKP oleh #kerajaan ketika ini
jgn berdiam, naikkan shj bendera putih di depan rumah, kita semua akan faham jika semua memainkan peranan ??#RakyatJagaRakyat pic.twitter.com/uDH5Cs30pe— ? (@saidussyahiran_) June 28, 2021
Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu.
Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang.
Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera pic.twitter.com/BGy7muxcMc— Hafizol Hakami  (@HafizolHakami) June 28, 2021 Kepada yang memerlukan bantuan, jangan lakukan perkara-perkara yang boleh memudaratkan diri dan keluarga anda.
Jangan segan, percayalah, masih ada ramai lagi yang ingin membantu anda. Harap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung. Insya-Allah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Luah Rasa Kurang Senang Dengan Kemudahan Tandas Awam Di Malaysia - “Berhenti Menormalkan Tandas Tanpa Bidet"

gempak
03/11/2024
09:25 MYT
Tular di platform X dimana seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kemudahan tandas awam di Malaysia kerana kebanyakannya tidak mempunyai bidet atau dikenali sebagai alat pencuci.
Gaya Hidup

30,000 Rakyat Malaysia Ke Thailand Sepanjang Cuti Deepavali

gempak
02/11/2024
05:55 MYT
Hampir 300,000 rakyat Malaysia dijangka berkunjung ke Thailand sepanjang musim cuti perayaan Deepavali yang bermula Rabu, kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi.
Viral

Pereka Fesyen Busana Miss Universe 2024, Ezuwan Ismail Pilih Tak Baca Komen Negatif, Bakal Dedah 'Secret Gown' - "Kejutan Akan Lebih Besar"

gempak
28/10/2024
04:27 MYT
Pereka fesyen Ezuwan Ismail memilih untuk tidak membaca komen negatif dan keterlaluan terhadap busana yang direkanya untuk wakil Malaysia ke Pertandingan Miss Universe ke-73, Sandra Lim, 23.
Hiburan

Pesona 5 Pasangan Cinta Nusantara

gempak
27/10/2024
06:56 MYT
Di dunia ini, jatuh cinta bukan hal yang rumit namun yang sukar adalah mempertahankan cinta yang pernah terbit. Apa lagi apabila ia membabitkan cinta jarak jauh.
Hiburan

“Dengan Umur Saya Ketika Itu…”- Rizal Rasid Pilih Jadi Penyanyi, Sanggup Berhenti Kerja Sebagai Pramugara

gempak
26/10/2024
08:55 MYT
Penyanyi kelahiran Brunei, Rizal Rasid mendedahkan dia sanggup berhenti kerja sebagai pramugara untuk mengejar cita-citanya menjadi penyanyi.
Anmum