“Kita Tolong Yang Termampu”- Jangan Malu, Rakyat Lancar Kempen Kibarkan Bendera Putih Jika Perlukan Bantuan

Mya Amri
Jun 29, 2021 01:31 MYT
Rakyat Malaysia tampil dengan satu kempen yang dipanggil #BenderaPutih di platform media sosial bermula semalam.
Inisiatif itu bertujuan untuk membantu golongan yang terkesan akibat pandemik terutamanya yang putus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera.
Kempen tersebut mula tular di media sosial dan rata-ratanya menyambut baik insiatif berkenaan,
Menerusi tinjauan di media sosial, saranan tersebut mengesyorkan mereka yang berdepan dengan kesulitan menaikkan bendera putih bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan pertolongan.
Kempen itu juga turut mendapat perhatian selebriti antaranya Hanez Suraya, Datuk Aznil Hj Nawawi, Izara Aishah dan Luqman Hafidz.
“Kepada semua yang dalam kesusahan dan tiada makanan, tiada barang keperluan, naikkan bendera kain putih di kediaman anda. Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu.
“Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera kain putih. Semoga ada yang datang membantu.
“Kepada rakyat Malaysia kalau ternampak rumah mengantung bendera putih, pergilah bertanya dan jika mereka memerlukan bantuan bantulah semampu boleh. Tanyakan apa yang di perlukan.
“Mohon lah masuk untuk melihat dan kepada yang memerlukan bantuan bermurah hatilah beri orang yang nak membantu melihat sendiri keperluan anda. Jangan malu jangan segan.
“Kita bantu mana yang mampu. Duit boleh dicari nyawa tidak dapat di kembalikan. Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah S.W.T,” kongsi Hanez.
Berikut merupakan antara respon di platform Twitter berkenaan dengan inisitif #KempenBenderaPutih.

Saya Sokong #KEMPENBENDERAPUTIH inisiatif kecil ini mungkin dapat membantu mereka yg betul2 terkesan dengan pelaksanaan PKP oleh #kerajaan ketika ini jgn berdiam, naikkan shj bendera putih di depan rumah, kita semua akan faham jika semua memainkan peranan ??#RakyatJagaRakyat pic.twitter.com/uDH5Cs30pe

— ? (@saidussyahiran_) June 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kepada semua yang susah dan tiada makanan, naikkan bendera putih ?️ di kediaman anda. Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu. Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang. Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera pic.twitter.com/BGy7muxcMc

— Hafizol Hakami  (@HafizolHakami) June 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

White flag untuk yang memerlukan bantuan makan minum. pic.twitter.com/IrJdR5Kain

— Madame Izara (@IzaraAishah) June 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#benderaputih untuk bantuan, jangan cari jalan singkat dengan bunuh diri. Pacak bendera, in sya Allah bantuan sampai. pic.twitter.com/SMGDYhNTaP

— Luqman Hafidz (@luqmanhafidz111) June 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jangan Malu pic.twitter.com/4jveOmQ8S5

— Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawiHM) June 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kepada yang memerlukan bantuan, jangan lakukan perkara-perkara yang boleh memudaratkan diri dan keluarga anda.
Jangan segan, percayalah, masih ada ramai lagi yang ingin membantu anda. Harap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung. Insya-Allah.
#Hanez Suraya #Malaysia #Pak Nil #Datuk Aznil Hj Nawawi #PKP #Kita Jaga Kita #Bantu Yang Terkesan #Kempen Kibarkan Bendera Putih #Kibarkan Bendera Putih #Rakyat Bantu Rakyat