Laman Utama
“Kita Yang Beshe-Beshe Ni Terkesima...” - Fitri Haris Mula Belakon
Penyanyi Fitri Haris akui gementar untuk berlakon buat pertama kali.
Menurut Fitri, dia masih baharu dalam bidang lakonan dan khuatir sekiranya tidak dapat menghafal skrip.
“Sebelum mula ‘action’ kami akan sekali lagi baca skrip.
“Kita yang beshe beshe ni kadang terkesima dengan mereka yang memang dah biasa lontarlan dialog.
“Maklumlah pertama kalilah kiranya berlakon. Dulu memang hafal betul-betul skrip sampai sekaranglah ingat punya hafal,” kongsinya menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya.
Posting itu juga disertakan dengan foto merakamkan dirinya sedang memandang skrip sambil tersenyum.
Bagaimanapun menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar segalanya dipermudahkan.
“Harap-harap berjalan dengan lancar cubaan pertama berlakon bang. That must be great, good luck dan moga dipermudahkan,” tulis @me_azamsyahrul961
Terdahulu, Fitri telah menamatkan zaman duda dengan berkahwin dengan pengurusnya sendiri iaitu Fazilah Omar sekitar Disember tahun lalu.
Must-Watch Video