,
Hiburan

#KitaMalaysia: Kisah Wira Yang Tidak Didendang... Setitik Darah, Sejuta Harapan

Mya Amri
19/09/2019
12:29 MYT
Istilah unsung hero atau wira yang tidak didendang selalu dikaitkan dengan gologan berpakaian seragam.
Namun. ramai yang tidak sedar bahawa wira tidak didendang ini tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja.
Contohnya, Tahir Mat Isa yang telah menyelamatkan ramai pesakit dengan cara menderma darah.
Menurut Tahir, dia berasa sangat puas hati apabila dapat memberikan sumbangan ikhlas kepada pesakit tanpa batas perkauman.
“Tak terlintas dalam fikiran apa yang saya buat ni boleh beri kesan dan selamatkan orang lain. Sudah sememangnya menjadi rutin sepanjang hidup saya datang ke sini.
“Kalau nak dibandingkan dengan orang lain apalah sangat sumbangan saya ini. Kepada siapa saya berikan itu tak penting.
“Tapi apa yang penting saya rasa puas dan lega sebab dapat tunaikan amanah sebagai seorang manusia tanpa batas perkauman,” katanya.
Lihatlah bagaimana murninya sumbangan Tahir yang menderma darah tanpa mengharapkan penghargaan dan balasan.
Jasa mereka jadi kebanggaan, pengorbanan mereka sentiasa dalam ingatan. Mereka bersatu sebagai rakyat Malaysia.
Saksikanlah cerita Wira Kita Wira Malaysia, jika anda punyai cerita sehebat ini, hargai mereka dengan berkongsi kepada kami di www.gempak.com atau hantarkan e-mel anda ke [email protected]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zaidi Omar Titip Nasihat Buat Generasi Pelakon Baharu - “Ilmu Itu Penting, Pergi Kelas Lakonan”

gempak
24/10/2024
06:55 MYT
Pelakon veteren, Zaidi Omar menitipkan nasihat buat penggiat seni baharu bahawa ilmu sangat penting bagi seseorang yang bergelar pelakon.
Berita

Guru Dipenjara Hanya Kerana Tegur Anak Polis

gempak
24/10/2024
05:55 MYT
Insiden itu menimpa Supriyani, 37, yang berkhidmat di Sekolah Dasar Negeri (SDN) 4 di Baito, Kabupaten Konawe Selatan, Sulawesi Tenggara setelah ibu bapa murid berkenaan bertindak membuat laporan kepada polis.
Berita

5 Maut, 22 Cedera Serangan Pengganas Ke Atas Turkish Aerospace Industries

gempak
24/10/2024
05:25 MYT
Dua pengganas yang menyerang kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di ibu negara Ankara telah "ditewaskan," manakala lima orang terkorban dan 22 lagi cedera, Agensi Anadolu memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya.
Hiburan

Masih Dikritik Suara Sumbang, Ramai Netizen Tampil Backup Bella Astillah - “Dia Cari Rezeki Je...”

gempak
24/10/2024
04:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berjaya meraih perhatian netizen baru-baru ini apabila tular semula video dirinya mempersembahkan lagu Mati-Matian nyanyian asal Mahalini.
Hiburan

Azza Elite Dedah Foto Bekas Pekerja Songlap Duit Perniagaan Kek Coklat - “Banyak Kali Aku Bagi Muka…”

gempak
24/10/2024
04:25 MYT
Berang kerana dianiaya, penyanyi dan pelakon Azza Elite mengambil keputusan untuk mendedahkan wajah bekas pekerjanya yang mencuri duit hasil perniagaan kek coklat yang diusahakannya.
BorakSeeni