Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

#KitaMalaysia: Kisah Wira Yang Tidak Didendang... Setitik Darah, Sejuta Harapan

Mya Amri
19/09/2019 12:29 MYT
Istilah unsung hero atau wira yang tidak didendang selalu dikaitkan dengan gologan berpakaian seragam.

Namun. ramai yang tidak sedar bahawa wira tidak didendang ini tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja.

Contohnya, Tahir Mat Isa yang telah menyelamatkan ramai pesakit dengan cara menderma darah.

Menurut Tahir, dia berasa sangat puas hati apabila dapat memberikan sumbangan ikhlas kepada pesakit tanpa batas perkauman.

“Tak terlintas dalam fikiran apa yang saya buat ni boleh beri kesan dan selamatkan orang lain. Sudah sememangnya menjadi rutin sepanjang hidup saya datang ke sini.

“Kalau nak dibandingkan dengan orang lain apalah sangat sumbangan saya ini. Kepada siapa saya berikan itu tak penting.

“Tapi apa yang penting saya rasa puas dan lega sebab dapat tunaikan amanah sebagai seorang manusia tanpa batas perkauman,” katanya.



Lihatlah bagaimana murninya sumbangan Tahir yang menderma darah tanpa mengharapkan penghargaan dan balasan.

Jasa mereka jadi kebanggaan, pengorbanan mereka sentiasa dalam ingatan. Mereka bersatu sebagai rakyat Malaysia.

Saksikanlah cerita Wira Kita Wira Malaysia, jika anda punyai cerita sehebat ini, hargai mereka dengan berkongsi kepada kami di www.gempak.com atau hantarkan e-mel anda ke hello@gempak.com
#Unsang Hero #Kita Malaysia
;