Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

#KitaMalaysia: Layak Digelar Wira! Ong Kim Koon Sanggup Pertaruh Nyawa Demi Orang Lain

Syafiqah Jalal
03/10/2019 12:25 MYT
Wira sebenar adalah wira yang sanggup berkorban demi menyelamatkan orang lain meskipun nyawa mereka juga dalam bahaya.

Biasanya, wira dikaitkan dengan golongan berpakaian seragam seperti polis atau bomba.

Berbeza dengan wira yang seorang ini, mendiang Ong Kim Koon, 52, cedera parah sehingga kehilangan nyawa ketika cuba menyelamatkan pasangan Zainal Mohammad, 45, dan Rosamiah Hashim, 38, yang terlibat dalam kemalangan pada 11 April 2011.

Ketika cuba mengeluarkan pasangan itu yang terperangkap dari kereta yang mereka naiki, Ong Kim Koon telah dilanggar oleh sebuah kenderaan lain.

Sifat mulia Ong Kim Koon telah menjadi inspirasi buat anak dan keluarganya.

“Ayah selalu ingatkan sentiasa tersenyum dan ketawa tidak kira apa yang berlaku.

“Ayah telah menjadi inspirasi keluarga kami,” kata anak lelakinya.

Lihatlah bagaimana murninya sumbangan Ong Kim Koon yang membantu tanpa mengharapkan penghargaan dan balasan.

Jasa mereka jadi kebanggaan, pengorbanan mereka sentiasa dalam ingatan. Mereka bersatu hati kerana #KitaMalaysia!

Jika anda tahu atau mempunyai cerita sehebat ini, hargai mereka dengan berkongsi kepada kami di www.gempak.com atau hantarkan e-mel anda ke hello@gempak.com
#Wira #Wira Kita #Wira Malaysia
;