Astro Malaysia Holdings Berhad menyalurkan 800 bakul makanan kepada keluarga B40 sekitar Lembah Klang seiring sambutan Hari Kebangsaan 2021.
Menerusi tema #KitaTeguhBersama, inisiatif itu digerakkan Astro bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO), Food Aid Foundation dan MakanKongsi2.0.
Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan Astro, Tammy Toh berkata pihak Astro amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pelbagai NGO dan pertubuhan dalam membantu keluarga yang memerlukan bantuan.
"Sambutan Hari Kebangsaan dan Merdeka tahun ini amat istimewa kepada kami dan tema #KitaTeguhBersama bererti apabila kita bersama, kita lebih kuat dan lebih baik.
"Inisiatif ini memberi gambaran sebenar rakyat Malaysia dan secara berterusan menjadi nilai yang diperlukan untuk kita terus bersatu, memulih semula dan kembali bangkit pada waktu sukar ini," katanya.
Bantuan keseluruhan seberat 8 tan mengandungi makanan keperluan asas seperti beras, tepung dan gula itu merupakan antara sumbangan kakitangan Astro yang secara sukarela terlibat dalam program ini.
Dalam pada itu, Pengarah Operasi Food Aid Foundation, Neoh Kean Soon berkata pihaknya berbesar hati apabila Astro terlibat secara langsung dalam program penyaluran sumbangan makanan kepada komuniti yang memerlukan.
"Kami berterima kasih apabila rakyat Malaysia membuktikan bahawa mereka mengambil berat kepada keluarga yang kurang bernasib baik.
"Saya juga berharap lebih banyak syarikat akan tampil membantu lantaran banyak lagi keluarga yang memerlukan bantuan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi MakanKongsi2.0, Law Gin Kye berkata setiap hari lebih seribu individu menerima manfaat bantuan makanan menerusi jaringan bantuan makanan kebangsaan ini.
"Menerusi pek perlindungan dan makanan Astro ini, ia membantu kami untuk membantu lebih ramai individu yang memerlukan," katanya.
Astro telah melaksanakan beberapa inisiatif di bawah #KitaTeguhBersama iaitu:
- Menyokong kempen derma darah oleh Pusat Darah Negara
- Menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menerusi pesanan khidmat masyarakat, sukarelawan di PPV dan menyediakan televisyen dan perkhidmatan Astro di pusat kuarantin seluruh negara
- Membantu individu yang memerlukan bantuan menerusi program komuniti KamiCare
- Membantu PKS menerusi kempen KamiCare MBiz
- Menyumbang keperluan perubatan ke hospital dan komputer riba kepada pelajar dalam kategori B40
- Berterusan menyajikan maklumat serta hiburan kepada rakyat Malaysia menerusi saluran percuma sewaktu PKP, drama tanpa henti, program baharu dan siri original premium
- Menambah kandungan pendidikan untuk membolehkan kanak-kanak belajar dari rumah
Amri Hassan
Thu Aug 26 2021


“Penyondol Tak Patut Hidup Bahagia…” - Anak Saudara Zalina Zaini Luah Rasa Kesal
Isu makin besar

Setahun Kahwin, Syafiq Farhain Umum Bakal Jadi Bapa - “Isteri Akan Bersalin Sekitar…”
Tahniah!
.png?ext=.png)
Lepas Tanya Mana Syamsul Yusof Ketika Puteri Sarah Pergi Umrah, Netizen Syak Ira Kazar Ajak Main Bakar Marshmellow?
Netizen Siasat Ira Kazar Ajak Syamsul Main Bakar Marshmellow?

“Bukan Macam Drama Melayu Biasa” - Netizen Setuju Projek: High Council Another Level!
Setuju!
![[VIDEO] Netizen Puji Gaya Macho Sharnaaz Ahmad & Zul Ariffin Hadir Ke Mahkamah! Nampak Macam... [VIDEO] Netizen Puji Gaya Macho Sharnaaz Ahmad & Zul Ariffin Hadir Ke Mahkamah! Nampak Macam...](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-11_11.png?ext=.png)
[VIDEO] Netizen Puji Gaya Macho Sharnaaz Ahmad & Zul Ariffin Hadir Ke Mahkamah! Nampak Macam...
Memang macho la!

Netizen Puji Neelofa Bertutur Bahasa Melayu Dengan Anak; “Rileks Je, Walaupun Tahu Dia Speaking Macam…”
Comel Bilal

"Saya Nak Tenang, Tak Obses Populariti Atau Glamor Lagi" - Hafiz Hamidun Mahu Lebih Masa Bersama Anak
Hafiz Hamidun muncul dengan sentuhan terbaharu, single berjudul Inni Tawakkaltu.

Konsert Hanya Satu Malam, Peminat Boleh Pilih Lagu Didendangkan Pada Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir
Konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir kurang satu bulan sebelum menjadi kenyataan di Malaysia.
![[VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…” [VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-14_8.png?ext=.png)
[VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…”
Simple je kan!

“Helok! Bergegar Ov**i…” - Anzalna Nasir Melting Tengok Ketampanan Suami Sendiri
Wow Anzalna