Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

KJ Jatuh Basikal, Alami Kecederaan Ringan

Asraf Aided 27/12/2020 | 09:25 MYT
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin (KJ) mengalami kecederaan ringan selepas jatuh basikal akibat terlanggar lubang pada permukaan jalan.
KJ berkongsi perkara itu menerusi kemas kini di akaun Twitter miliknya sebentar tadi.
Dalam perkongsian tersebut, KJ menunjukkan keadaan wajahnya yang mengalami cedera ringan serta beberapa foto lokasi kejadian.
"Pothole, ditch, KJ. 2020 keeps giving," tulisnya ringkas.
Ekoran itu, Setiausaha Akhbar bagi menteri tersebut, R. Syahrir Bakar tampil memaklumkan keadaan KJ tidak mengalami sebarang masalah yang serius.
"Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah @khairykj hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius.
"Thank you everyone for reaching out, @khairykj is fine. A little bruised up but all is good," tulisnya.
Meninjau ruangan balas perkongsian itu, ramai netizen mendoakan kesembuhan segera buat KJ.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#KJ #Menteri #Jatuh Basikal
;