Laman Utama
KKM Cuba Lindungi Warga Emas (Golongan Berisiko), Tolong Jangan Balik Kampung Kalau Tak Perlu!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon kerjasama orang ramai khususnya yang menetap di zon merah untuk tidak pulang ke kampung jika tiada keperluan memaksa untuk berbuat demikian.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerjasama orang ramai itu amat diharapkan bagi mengelak golongan berisiko seperti warga emas dan mempunyai penyakit kronik termasuk di zon hijau bebas daripada jangkitan Covid-19.
Menurut Dr Noor Hisham, saranan itu seiring dengan usaha KKM yang sejak awal lagi cuba melindungi golongan berisiko.
"Sejak awal lagi kita cuba melindungi kumpulan berisiko kerana berdasarkan rekod yang ada, sebanyak 64 peratus kematian membabitkan pesakit berusia lebih 60 tahun.
"Sebanyak 87 peratus lagi terdiri daripada pesakit darah tinggi dan diabetes, jadi adalah lebih baik untuk tidak pulang ke kampung.
"Ini kerana ada kemungkinan anda pembawa wabak dan memindahkannya kepada golongan berusia atau berisiko," katanya ketika sidang media harian perkembangan Covid-19 hari ini.
Sumber: Harian Metro