Berita

KKM Nafi Laporan Pendatang Asing Didiskrimasi Sewaktu PKP

gempak
Kamaruddin Razal
05/07/2020
10:27 MYT
Sponsor Banner
KKM Nafi Laporan Pendatang Asing Didiskrimasi Sewaktu PKP
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyangkal dakwaan laporan dari agensi berita antarabangsa Al Jazeera yang mendakwa kerajaan Malaysia mendiskriminasi pendatang asing ketika menangani pandemik COVID-19.
Memetik laporan Astro Awani, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata tidak timbul isu itu sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Katanya ia adalah tuduhan tidak berasas yang boleh menjejaskan imej negara.
“Laporan Al Jazeera yang menyebut ada berlaku racism dan perkauman adalah satu tuduhan yang patut kita bagi tahu ia tidak betul.
"Kita perlu pastikan bahawa semua dikesan PKPB dapat disaring dan diasingkan itu. Itu sebenarnya matlamat kita," katanya pada sidang media selepas penyerahan alat prosedur operasi standard (SOP) di 56 sekolah parlimen Tenggara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab, di sini hari ini.
Menurutnya lagi, kerajaan menerusi Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memainkan peranan untuk membetulkan dakwaan tidak benar seperti laporan yang disiarkan itu.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live