Penggunaan sarung tangan sememangnya sesuatu yang digalakkan dalam pengendalian makanan.

Akan tetapi, setiap sarung tangan mempunyai fungsi berbeza-beza mengikut warna yang ditetapkan.

Menerusi hantaran tular baru-baru ini, penyediaan makanan seorang wanita meraih perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila dirinya menggunakan sarung tangan berwarna kuning yang difahamkan tidak sesuai dalam penyediaan makanan.

BERITA TRENDING: "Jual Telur Mata Harga RM4.50?" - Netizen Terkejut Harga Makanan Peniaga Bazar Ramadan!

"KKM ingin memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan. Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.

"Bagi mengelakkan pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja. KKM ada menawarkan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan dan pihak industri boleh memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk yang dipersijilkan," tulis KKM dalam entri di Platform X.

Melihat kepada informasi yang diberi, rata-rata netizen berpendapat penyalahgunaan sarung tangan oleh pengendali makanan perlu dikenakan tindakan serta ada segelintir yang memuji tindakan KKM menegur wanita tersebut.

"Dah kena tegur. KKM buat kerja bagus!"

"Direct KKM tegur dia. Mantap!"

"Harap ada tindakan tegas kepada pelaku tersebut,"

"Saman kompaunlah terus. Bagi kenyataan bukan dia nak dengar pun."

Sumber: Platform X