Gaya Hidup
But Klasik, Ikonik Dr. Martens Pilihan Noh Salleh, Naim Daniel & Karl Shafek!
Dr. Martens, jenama yang terkenal di seluruh dunia dengan kasut ikonik dan tahan lasaknya, mengumumkan pembukaan kedai baharunya di Sunway Pyramid.
Lokasi baharu ini menawarkan pelbagai pilihan produk Dr. Martens termasuk but klasik 1460, aksesori gaya hidup, dan koleksi edisi terhad yang mencerminkan warisan keunikan dan semangat pemberontakan jenama ini.
Kedai yang telah beroperasi secara rasmi pada 22 November 2024 itu menampilkan konsep terkini untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan.
Sempena dengan pelancaran outlet baharu Dr. Martens di Sunway Pyramid, hadir sama barisan selebriti dan pempengaruh tanah air antaranya Noh Salleh, Naim Daniel dan Karl Shafek yang menggayakan fesyen ikonik bersama but Dr Martens.
But 1460
Terkini dalam barisan koleksi ikonik Dr. Martens: 1460 Sub Boot dan 14XX Sub Boot.
Sejarah Dr. Martens adalah cerita tentang pertukangan, inovasi, dan kepentingan budaya.
Terhasil daripada idea tiga keluarga, but 1460 telah menjadi ikon selama lebih 60 tahun.
Setiap pasang but 1460 membawa legasi kualiti, keserbagunaan, dan ketahanan.
Diperbuat daripada kulit yang tahan lasak dan kukuh, but klasik 8 lubang 1460 ini direka dengan tapak DMS dan jahitan welt kuning tanda dagangan Doc. Setiap pasang dilengkapi dengan gelung tumit AirWair yang ikonik.
Tentang Dr. Martens
Pasangan pertama but Dr. Martens dihasilkan pada 1 April 1960 dengan ciri unik seperti jahitan kuning, tapak bergalur, dan gelung tumit, ia pada asalnya direka untuk pekerja seperti posmen dan pegawai polis.
Sepanjang sejarahnya, jenama ini diangkat dan diubah oleh pelbagai individu, pemuzik, budaya belia, dan komuniti. Mereka yang tampil berbeza sering menjadikan but atau kasut DM’s sebagai simbol ekspresi diri.
Siluetnya yang ringkas membolehkan setiap pasang disuaipadankan, manakala dari segi utiliti, ketahanan dan keselesaannya menjadikannya pilihan ideal untuk acara muzik dan fesyen jalanan. Secara emosional, ia menjadi simbol sikap dan pemberdayaan.
Kilang asal di Northamptonshire, Wollaston, masih beroperasi hingga kini. Produk ‘Made In England’ khas dihasilkan oleh pasukan kecil yang berpengalaman dalam seni pembuatan kasut tradisional, dengan proses yang tidak berubah sejak pasangan pertama dicipta lebih enam dekad lalu.