Klasik & Retro! Foto-Foto Menarik Sekitar Majlis Pernikahan & Persandingan Nadia Aqilah

Amri Hassan
April 21, 2018 19:10 MYT
Diam-diam ubi berisi. Pelakon Nadia Aqilah, 33, kini telah bergelar isteri kepada seorang pemuzik, Saiful Ridzuan, dengan hanya sekali lafaz, pada pagi Jumaat.
Majlis penikahan pasangan ini telah berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni di kediaman keluarga Nadia di Batu Pahat, Johor.
Nadia yang aktif di pentas teater dan kaca TV ini sememangnya jarang bercerita tentang kisah peribadinya.
Namun pada hari pernikahannya, pelakon ini telah berkongsi saat-saat ini indah ini bersama para peminatnya menerusi Insta Live di laman Instagram miliknya kelmarin.
Tidak ketinggalan perkongsian yang dilakukan teman rapatnya, Sharifah Amani menerusi beberapa kemas kini momen indah tersebut menerusi laman Instagramnya.
Memilih tema klasik, Nadia anggun mengenakan persalinan kebaya putih, sedondon dengan suaminya pada majlis pernikahan manakala menggayakan dres retro coklat pada majlis resepsinya semalam.
Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan artis antaranya Ruzana Ibrahim, Eenaz Mokhtar, Sherry Al-Hadad, Sharifah Amani, Tony Eusoff, Iedil Putra, Nadiya Nisaa dan ramai lagi.
Jom layan gambar-gambar meriah majlis pernikahan dan persandingan Nadia Aqilah dan pasangan, Saiful Ridzuan.
Sumber: Sinar Harian, Astro Awani
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Instagram @sharifah_amani, @ezadibrahim, @fairuzfeetauhid,
#Nikah #Sanding #Nadia Aqilah #Retro