Laman Utama

KLFW2023: Ini Sebab Kenapa Vida Dibalut 1,000 Kuntum Bunga Berwana Pink!

gempak
Syafiqah Jalal
27/08/2023
12:35 MYT
Sponsor Banner
KLFW2023: Ini Sebab Kenapa Vida Dibalut 1,000 Kuntum Bunga Berwana Pink!
Pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail menampilkan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) sebagai wajah ilham (muse) di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) yang berlangsung di Boathouse, Ampang Selangor, malam tadi.
Apa yang menarik perhatian, Vida kelihatan seperti taman berjalan apabila menyarung baju penuh bunga ditubuhnya dari kepala hingga ke kaki.
Menjelaskan mengenai rekaannya itu, Ezuwan memberitahu busana itu dihasilkan dari 1000 kuntum bunga dan sangat berat sehingga Vida memintanya memimpin tangan sepanjang peragaan itu kerana hampir terjatuh.
“Sebenarnya Vida merupakan salah seorang pelanggan setia saya dan kami sering berjumpa sehinggalah satu hari tu ketika saya mahu menjemputnya ke acara peragaan ini saya mula terfikir apa kata menjadiknya wajah ilham baju-baju saya.
“Bila saya utarakan idea itu dia sangat teruja kerana seperti yang kita tahu Vida seorang wanita yang dikenali suka akan warna pink. Jadi saya rasa sangat sesuai untuk memilihnya kali ini.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menyarung busana yang penuh dengan 1000 kuntum dan sangat berat sehingga Vida sangka ia seberat 60 kilogram!
“Disebabkan busana itu terlalu berat jadi saya terpampak memimpin dan memegang tangan supaya tidak terjatuh,” katanya kepada Astro Gempak.
Mengulaskan lanjut mengenai 24 koleksi busana rekaannya pada malam KLFW2023 itu, Ezuwan memberitahu dia cuba memberi kelainan apabila memilih tema warna pink dengan nama Pink Your World.
“Selain sekarang adalah musim Barbie, saya memilih tema warn aini kerana saya mahu cuba sesuatu yang di luar pemimiran serta rekaan biasa saya yang biasanya terdiri daripada warna-warna lembut dan pastel.
“Nak kata terlalu seksi dan tidak sesuai dengan budaya kita saya boleh kata ia hanya rekaan untuk sampel sahaja. Saya akan olah baharu untuk baju pelanggan saya sesuai dengan permintaan mereka kelak,” kongsinya lagi.
Selain Vida, selebriti yang hadir menyokong koleksinya adalah Wana Ali, Emma Maembong, Maryam Kimchi dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live