,
Laman Utama

KLFW2023: Model Paling Cute! Hatta Dolmat Buat Kejutan, Che Puan Juliana Evans Muncul Sebagai Muse, Catwalk Dengan Anak

Mya Amri
26/08/2023
11:50 MYT
Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat membuat kejutan dengan menampilkan pelakon, Che Puan Juliana Evans sebagai wajah ilham (muse) di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) yang berlangsung baru-baru ini.
Lebih istimewa lagi, Che Puan Juliana atau lebih mesra di sapa Juliana muncul di atas pentas peragaan bersama anaknya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah sambil memperagakan busana koleksi Hatta.
Hatta ketika ditemui Gempak menyatakan perasaan terharu kerana Juliana menerima sambutan untuk menjadi wajah muse bagi koleksinya.
“Saya berasa sungguh terharu apabila Che Puan meneriman undangan sebagai muse untuk koleksi kali ini.
“Lebih bermakna bagi saya lagi apabila Che Puan membawa anak kesayangannya untuk turut sama berjalan di pentas peragaan, saya sangat menghargainya,” ujarnya.
Tidak dapat disangkal lagi, ternyata kejutan Hatta itu meninggalkan seribu satu kenangan manis buat tetamu yang hadir pada malam tersebut.
Selain memuji koleksi rekaan Hatta, tetamu juga turut terpesona dengan kecantikan Juliana dan kecomelan anak perempuannya.
Kedua-dua mereka menerima tepukan gemuruh daripada tetamu.
Ketika acara penutup, Hatta dan Juliana juga turut mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir sambil melambaikan tangan selain tersenyum manis.
Untuk info, koleksi Hatta pada tahun ini diinspirasikan dan dinamakan sebagai Jamais Vu.
Terdapat dua koleksi yang dikeluarkan, yang pertama adalah kolaborasi bersama Crafted by NX dan kedua ialah Jamais Vu iaitu koleksi Hatta sendiri.
Untuk koleksi NX terdapat 24 fesyen yang diperagakan manakala Jamais Vu pula adalah 32.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Usah Jadi Mangsa Fesyen Ikut Trend 'Old Money'

gempak
16/11/2024
14:25 MYT
Bersiar-siar di bawah panas terik matahari dengan memakai kemeja lengan panjang, baju panas (sweater) yang diikat di atas bahu, digayakan bersama seluar panjang slack dan kasut kulit.
Viral

"Boleh Jadi Model Kalau Bersara Main Badminton" - Tampil Catwalk Macam Model, Netizen Puji Gaya Lee Zii Jia

gempak
17/08/2024
13:25 MYT
Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya memukau penonton dalam acara pertunjukan fesyen yang berlangsung di sebuah pusat beli belah di ibu negara.
Hiburan

Tampilkan Rupa & Bentuk Badan Yang Pelbagai, Penyampai Radio ERA Jadi Model Catwalk KLFW

gempak
05/08/2024
15:55 MYT
Penyampai radio ERA diberi penghormatan untuk menjadi model catwalk bagi acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 bertempat di perkarangan Menara Berkembar Petronas.
Hiburan

Comel! Anak Perempuan Muncul Di KLFW 2024, Sharifah Sakinah Menjerit Beri Sokongan

gempak
31/07/2024
12:25 MYT
Anak kepada pelakon Sharifah Sakinah iaitu Anais Adha mencuri tumpuan apabila muncul di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.
Terkini

Tak Tahu Nak Buat Apa Pada Hujung Minggu? Jom Saksikan 2 Filem Ini!

gempak
22/03/2024
13:55 MYT
Tersedia di platform Youtube Astro Shaw, dua filem ini turut boleh distrim di peranti pintar di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Unitar