KLIA Terminal 1 ‘Sambut’ Kelahiran Bayi, Netizen Tinggalkan Komen Kreatif & Lucu: “Dalam Surat Beranak, Tempat Lahir: Airport”

Izwan Isa
Disember 29, 2023 09:55 MYT
Tindakan pantas kru KLIA Terminal 1 dalam mengelolakan kelahiran seorang bayi baru-baru ini menerima maklum balas positif dalam kalangan pengguna platform X.
Tidak hanya itu, komen-komen yang diterima pada ruangan balas juga mencuit rasa lucu, terutama hantaran-hantaran kreatif yang dibuat oleh netizen.

Wow, ada orang bersalin lah! Baru-baru ini, KLIA Terminal 1 dikejutkan dengan berita seorang penumpang yang telah melahirkan anaknya di balai menunggu. ?? pic.twitter.com/eqken0i8h6

— Malaysia Airports (@MY_Airports) December 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Wow, ada orang bersalin lah! Baru-baru ini, KLIA Terminal 1 dikejutkan dengan berita seorang penumpang yang telah melahirkan anaknya di balai menunggu.

BERITA TRENDING: Gigih Berpanas Hujan Demi Nak Naik Luge, Netizen Puji Semangat Rakyat Malaysia!

“Dengan sepantas kilat, team Aviation Security (AVSEC) membantu wanita terbabit dan memanggil pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Medilife Paramedic untuk rawatan dan pemeriksaan selanjutnya.
“Setelah itu, ibu dan anak comel ini kemudiannya dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan dan pemantauan yang lebih rapi. Syabas kepada AVSEC, Terminal Services Department, KKM, Medilife Paramedic dan lain-lain atas tindakan pantas dan efisien!,” tulis hantaran berkenaan.
Berikut merupakan komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial:
#KLIA Terminal 1