SUKAN
Klinik STL 2025 Bakal Cetus Transformasi, Sertai Kem Latihan Asas Di Pusat Akademi Sepak Takraw Negara Yang Pertama Di Malaysia!
Klinik Sepak Takraw League (Klinik STL 2025) kembali untuk edisi 2025 dengan pendekatan yang lebih menyeluruh dan eksklusif, membawa misi mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan sepak takraw dari peringkat akar umbi.
Sasaran utama
Sasaran utamanya, membentuk generasi baharu bintang sukan negara berumur 13 hingga 17 tahun untuk menyerlahkan bakat mereka melalui sesi latihan intensif dan pendedahan profesional.
Antara keistimewaan utama tahun ini ialah peluang untuk peserta terbaik dari setiap lokasi terpilih menyertai Kem Latihan Asas di Pusat Akademi Sepak Takraw Malaysia.
Pusat pembangunan sukan pertama seumpamanya di Malaysia ini lengkap dengan kemudahan dan struktur latihan lebih baik, termasuk pelbagai fasiliti lengkap serta moden.
Pusat ini berperanan sebagai hab latihan negara, dan bakal menjadi platform latihan bertaraf tinggi bagi mencorakkan potensi remaja ke tahap seterusnya, selari dengan hala tuju pembangunan bakat sukan negara.
Pusat Akademi Sepak takraw ini bakal menjadi lokasi impian bagi bakat muda yang terpilih, di mana mereka akan mendapat bimbingan intensif daripada jurulatih dan pemain kebangsaan, menggunakan modul pembangunan profesional yang telah dirangka khusus untuk mencungkil dan membentuk generasi bintang sukan masa depan.
Klinik STL 2025 akan berlangsung di empat lokasi yang juga merupakan gelanggang rasmi STL Premier iaitu di Kuala Lumpur, Johor, Perak dan juga Pulau Pinang.
Inilah Masanya Untuk Menyerlahkan Potensi Anda! Klinik STL Kini Dibuka Pendaftarannya Di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Sertai Kami Dan Jadilah Bintang Seterusnya Di Pentas STL
Sepak Takraw terus berkembang

Menurut Ketua Bahagiab Sukan Astro, Nicholas John, program ini merupakan inisiatif berterusan dalam memastikan pembangunan sukan sepak takraw di peringkat akar umbi terus berkembang secara mampan.
“Musim ini kami berkerjasama dengan pihak Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dengan lebih meluas bukan hanya melibatkan kejohanan kompetitif STL malah program pembangunan bakat melalui Klinik STL.
“Kami bukan sahaja mendekatkan sukan ini kepada belia, tetapi juga membuka ruang untuk mereka merasai sendiri pengalaman latihan bertaraf profesional di Pusat Akademi Sepak Takraw.
“Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada CelcomDigi selaku penaja rasmi STL yang turut memainkan peranan penting dalam menjayakan program Klinik STL ini.
“Komitmen mereka dalam menyokong inisiatif pembangunan sukan di peringkat akar umbi amat dihargai, khususnya dalam usaha memperkasakan bakat muda.
“Kerjasama strategik ini menjadi bukti bahawa sinergi antara sektor korporat dan pembangunan sukan mampu melahirkan generasi pelapis yang lebih kompetitif masa hadapan,” jelasnya.
Usaha Astro Kasih
Sementara itu, Pengarah Komunikasi dan Kelestarian Astro, Foo Su Lynn berkata Klinik STL merupakan
sebahagian daripada usaha berterusan Astro Kasih dalam memperkasa komuniti melalui platform sukan.
“Kami percaya bahawa sukan adalah medium terbaik untuk menyatukan masyarakat, memupuk nilai-nilai terpuji serta mencungkil potensi generasi muda.
“Inisiatif akar umbi seperti Klinik STL selari dengan komitmen ESG Astro dalam menyokong pembangunan komuniti secara berterusan dan inklusif,” katanya.
Sebagai tambahan, Klinik STL 2025 juga turut menjelajah ke sekolah terpilih di Pahang dan Terengganu bagi memperluas capaian kepada pelajar sekolah bandar dan luar bandar.
Inisiatif ini turut dijayakan sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tempat adalah terhad! Golongan muda, tanpa mengira jantina, digalakkan untuk mendaftar segera dan merebut peluang keemasan ini untuk menjadi sebahagian daripada barisan pelapis sukan sepak takraw negara.
Penyertaan untuk Klinik STL di lokasi Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur kini telah dibuka, sementara pendaftaran untuk tiga lagi lokasi akan diumumkan nanti.
Untuk maklumat lanjut tentang tarikh dan lokasi klinik, orang ramai boleh mengikuti laman media sosial rasmi STL di Instagram @stl.my dan Facebook SepakTakraw League.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan kehebatan aksi CelcomDigi STL 2025 yang berlangsung dari 28 Mei hingga 7 September.
Kesemua perlawanan akan disiarkan secara menyeluruh di platform Astro, secara langsung di Astro Arena, melalui aplikasi Astro GO, serta penstriman di sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman strim anda dengan naik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.