Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Klip Kertas Prada Harga RM795

Amri Hassan
29/06/2017 03:57 MYT
Bukan calang-calang klip kertas, sebab ini adalah klip kertas berjenama Prada!

Sebelum ini jenama fesyen Balenciaga teruk dikecam kerana mengeluarkan beg berwarna biru mirip beg Ikea pada harga RM9,450, kini tiba giliran Prada pula.

Klip kertas yang bercetak tulisan Prada itu sebenarnya money clip yang boleh disimpan dalam dompet pemakai.

Money clip ini dibuat menggunakan sterling silver yang berukuran 6.25 inci panjang dan 2.25 sentimeter lebar.

Teruja atau tidak, pengguna Twitter sudah mula melahirkan pandangan masing-masing.

"$185 (RM795) untuk sebentuk klip kertas? Benda ini seharusnya boleh mengubah hidup saya," tulis @FreddyAmazin.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: CNN
#Viral #Viral #Paper Clip #Prada
;